Thursday, February 16, 2012

KETUA PUBLISITI DAP LABEL WARTAWAN MALAYSIA SEBAGAI PELACUR


Tidak pernah dalam tempoh 50 tahun, Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) akan memanggil ahli-ahlinya dalam mengadakan Persidangan Perwakilan Luar Biasa (EDC) pada 3 Mac ini. Memanggil ahli-ahlinya dalam EDC dilakukan ekoran keceluparan Ketua Publisiti Pilihan Raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai “pelacur”.

Presidennya, Chin Sung Chew menjelaskan EDC itu nanti akan membincangkan 2 resolusi antaranya ahli-ahli kesatuan patut mengamalkan etika kewartawanan dan menulis laporan yang adil ketika pilihan raya umum.

Selain 2 resolusi, isu yang kedua yang akan dibangkitkan ialah membahaskan undang-undang akhbar yang sedia ada yang menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

EDC merupakan sebuah badan tertinggi dalam membuat keputusan dan di mana kira-kira 80 perwakilan dari lapan cawangan akan menghadiri acara tersebut.

Yang pasti, resolusi pertama dalam EDC itu ialah membincangkan kenyataan keceluparan DAP menghina wartawan dengan panggilan yang di luar kebatasan. 

1 komen:

  1. You guna I punya foto tanpa keizinan. Jika ingin guna orang punya foto minta keizinan dulu. Adakah ini nilai murni yang seorang wira patut memiliki?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger