Sunday, February 19, 2012

LIM GUAN ENG HEBAT DI PENTAS TAPI LEMBUT BILA DIAJUKAN KRITIKAN


Sesuai dengan paras rupanya yang lembut, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha DAP, Lim Guan Eng telah terserlah kelembutan yang terpapar di wajahnya apabila berjaya menonjolkan kehebatan berpolitik di atas pentas. Bagaimanapun, kehebatan itu disusuli dengan keengganannya menjawab beberapa kritikan terhadapnya sepanjang menerajui Pulau Pinang.

Semalam berlangsungnya perdebatan politik antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng yang mewakali DAP dengan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai di Berjaya Times Square.

Selain menagih simpati dengan wajah lembutnya, Lim Guan Eng telah 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan dan berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

Berbeza dengan debat-debat politik sebelum ini, penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat.

Beberrapa soalan politik telah diajukan kepada Lim Guan Eng khususnya berkenaan janji-janji pilihan raya 2008 yang menyaksikan banyak janji Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang tidak dilaksanakan.

Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Lim Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu?

Dengan mengenakan helah menyalahkan kerajaan pusat, Lim Guan Eng menyatakan Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat.

Penjelasan Lim Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.

Soalan lain ialah menyentuh mengenai nasib rakyat Cina di Kedah yang dikatakan telah ditindas oleh kerajaan PAS. Namun, demi menjaga hubungan DAP dengan PAS, Lim Guan Eng mengelak memberikan jawapan dan memberikan pelbagai alasan.

Demikian juga dengan Lim Guan Eng menolak soalan yang dikemukakan berkaitan penyembunyian pembelian kontrak pakaian rasmi Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Kegagalan Lim Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.

Sementara itu, dengan rasa rendah diri Chua Soi Lek menyifatkan dalam debat itu  tidak ada pihak yang menang dan kalah kerana pemenang bagi debat itu adalah rakyat bukan beliau atau Lim Guan Eng. Rakyatlah yang menentukan kemenangan berasaskan fakta dan suasana debat yang memihak kepada Chua Soi Lek.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger