Wednesday, February 22, 2012

MANA 22 JANJI PAS TERHADAP RAKYAT KELANTAN


Kelantan digemparkan dengan kenyataan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan yang dipanggil TUKAR apabila menuntut kerajaan negeri Kelantan mengotakan atau menunaikan janji-janji PRU 2008 yang masih belum dilaksanakan sehingga kini.

Menurut Kamarudin Mohd. Kasim, Pengerusi TUKAR, sebanyak 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji PAS yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala 3 lagi adalah berkaitan isu politik semasa.

Bagi mengingatkan kembali kerajaan PAS Kelantan terhadap janji-janjinya yang masih belum dilaksanakan, kesemua (22) tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini. Sekiranya, kerajaan Kelantan pimpinan PAS gagal menunaikan janji, kami rakyat Kelantan bersepakat memberi mandat kepada BN pada PRU-13 nanti.

Mengimbas kembali janji-janji PAS pada pilihan raya terdahulu, tiada sebarang perubahan atau perkembangan yang dialami rakyat Kelantan khususnya dalam pembangunan minda dan ekonomi Kelantan. Sebaliknya, Kelantan lebih gemar diingati dengan peningkatan gejala sosial seperti penyakit AIDS, pelacuran, buang anak dan bermacam lagi gejala sosial.

Malah, yang lebih teruk ada sebahagian kawasan di Kelantan masih tidak mempunyai kemudahan asas yang seharusnya dimiliki penduduk setelah memberi mandat kepada PAS untuk memerintah. Jika ini berterusan, rakyat Kelantan tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa melakukan perubahan politik seperti yang dikehendaki Pakatan Pembangkang di negeri-negeri naungan BN.


Antara janji-janji PAS yang akan diketengahkan kepada bagi tujuan mengingatkan Kerajaan Kelantan yang mungkin sudah lupa ialah memberikan keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat di negeri itu hendaklah daripada kalangan anak-anak tempatan manakala barisan kepimpinan kerajaan PAS dikehendaki mengisytiharkan harta.

Di samping itu, Kerajaan PAS Kelantan juga dituntut menyegerakan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang sudah diluluskan, kerajaan negeri bersikap lebih bersih, adil dan amanah dan berhenti daripada menyalahkan pihak lain kerana kegagalan sendiri.

Jika PAS masih tidur, TUKAR segera mengingatkan kembali Kerajaan Kelantan yang masih taksub untuk mempertahankan Kelantan dari jatuh ke tangan BN. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger