Friday, February 10, 2012

MANA DIA AIR PERCUMA KERAJAAN SELANGOR?


Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang menjadikan pemberian air percuma di Selangor sebagai wadah minifesto bagi menarik rakyat menyokong perjuangan politik mereka. Malah, ketika PRK Sibu dan PRN Sarawak Ke-10, Pakatan Pembangkang khususnya PKR menjaja pemberian air percuma di Selangor.

Persoalan di sini, adakah pemberian air percuma itu benar-benar dinikmati rakyat Selangor atau sekadar gimik politik bagi mendapatkan undi rakyat?

Sejak pemerintahan Pakatan Pembangkang di Selangor pada Mac 2008 hingga kini dianggarkan sebanyak 1.4 juta penduduk yang tinggal di pangsapuri dan kondominium di Selangor belum atau lebih tepat lagi tidak menikmati bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama.

ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim, berkata kegagalan kerajaan PKR negeri itu menunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersikap tidak adil terhadap pengguna air di 765 blok kondominium dan 643 blok rumah pangsa di Selangor.

Perkembangan ini menunjukkan kegagalan kerajaan PKR Selangor dalam menunaikan janjinya walaupun sudah 40 bulan memerintah.

“Kerajaan PKR negeri berbangga dengan pemberian air percuma dengan istilah ‘memulangkan hasil rakyat’, namun menganiaya lebih 1.4 juta penghuni kondominium dan rumah pangsa. 

“Sepatutnya kerajaan negeri bersikap adil dengan memberi air percuma kepada seluruh rakyat Selangor, tetapi malangnya ia tidak menjadi kenyataan dan pengguna tidak mendapat apa yang dijanjikan.

Lebih perit lagi, Selangor dikatakan bakal mengalami krisis bekalan air pada tahun 2014 ekoran tindakan Kerajaan Selangor yang masih belum memberikan kelulusan dalam pembinaan Loji Air Langat 2.


Pembinaan Loji Air Langat 2 sangat penting bagi mengelakkan Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih beroperasi melebihi waktu dan terdedah kepada kerosakan. 

Tindakan menghalang pembinaan loji itu ada kaitan dengan politik kerana pakatan pembangkang mengamalkan ‘politik didahulukan, rakyat diketepikan dan projek negeri untuk kroni.

Kerajaan PKR Selangor berdolak-dalih dalam hal pembinaan loji itu kerana adalah menjadi matlamat mereka merampas konsesi air untuk diberikan kepada kroni mereka seperti projek pasir, aset PKNS dan Yayasan Selangor yang mereka gadaikan. 

Oleh itu, untuk memastikan rakyat Selangor tidak terjejas dengan isu air yang dijangka akan melanda Selangor pada 2014, PRU-13 akan datang adalah jalan penyelesaian terbaik dengan melakukan perubahan dan pembaharuan. Isu air ini jika tidak ditangani akan menyebabkan rakyat Selangor berada dalam kesusahan.

2 komen:

  1. Betul, Pakatan Haram Khalid Gagap bagi air free dikawasan tertentu, mcm kawasan dimana orang kaya kaya tinggal, mcm Kawasan eklusif mcm country height semua, ada yg tak payah bayar bill sesen pun ada ..betulll. Org miskin majoriti tak dapat air free pun,pilih kasih betul, entah apa jenis "audit" atau banci dia org bikin pasal nak bagi air free ni.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger