Friday, February 3, 2012

NIK AZIZ KATA ‘ITU MASALAH DIA’ RUJUK HASRAT ABDUL HADI AWANG TIDAK MAHU BERTANDING PRU-13


Mengulas hasrat Presiden PAS untuk tidak bertanding dalam PRU-13 akan datang, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menyifatkan keputusan itu adalah masalah dia.

Jika Abdul Hadi Awang mengambil keputusan untuk tidak bertanding, PAS Kelantan menyokong penuh keputusan itu biarpun ianya tidak akan dipersetujui majoriti pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Juga, jika Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusannya untuk tidak bertanding dalam PRU-13, keadaan sebaliknya berlaku ke atas Nik Aziz. Mursyidul Am PAS itu bertekad untuk terus bertanding dalam PRU-13 dan mengekalkan jawatan Menteri Besar Kelantan. Keputusan itu adalah bertujuan untuk memajukan Kelantan yang selama ini dipegang erat PAS.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger