Wednesday, February 8, 2012

NIK AZIZ PERLU DITARBIYAH?


Kenapa perlu mentarbiyahkan Nik Aziz sedangkan beliau seorang ulama dan Mursyidul Am PAS? Apakah disebabkan dirinya taksub terhadap agama atau telah menyimpang daripada ajaran Islam?

Ulama PAS perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ini disebabkan keengganan Nik Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

Biarpun didesak namun Nik Aziz berkeras dengan keputusannya untuk mendiamkan dan tidak mahu memberikan sebarang komen kerana takut mengguris hati rakannya Anwar Ibrahim.

Malah Nik Aziz boleh dianggap sebagai  sikap 'pak turut' Mursyidul Am Pas itu yang dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) akhir bulan lalu.

Sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, Nik Aziz tidak sepatutnya berdolak-dalih berhubung isu yang telah mengguris hati umat Islam dan imej negara yang konsisten menentang kezaliman Zionis.

Jika Nik Aziz menyatakan andaian bahawa media memutar belit kenyataan Anwar tetapi Anwar Ibrahim sendiri tidak pula menafikan kenyataan yang beliau buat dalam WSJ.

Nescaya, tindak-tanduk Nik Aziz dan penyokong PKR yang mempertahankan kenyataan Anwar mempunyai kaitan dengan harapan pembangkang meraih bantuan daripada AS dan Yahudi untuk memenangi pilihan raya.

Dengan peluang tipis yang dijangka diperolehi Pakatan Pembangkang dalam PRU-13, mereka yakin bahawa hanya dengan campur tangan kuasa asing sahaja yang boleh merealisasikan hasrat Pakatan Pembangkang menawan Putrajaya.

Apakah penyokong-penyokong PAS berkongsi pandangan dengan Nik Aziz? Pastinya ya, kerana selain berjaya memukau, setiap tutur kata dan tingkahlaku Nik Aziz diibarat sebagai ‘nabi’ seperti yang pernah disuarakan penyokong PAS dalam setiap ceramah mereka.

Untuk itu, rakyat diseru supaya menolak dan mengecam Nik Aziz serta penyokong Anwar Ibrahim yang menjadi punca Ketua Pembangkang itu semakin berani bersikap pro-Israel. Dengan imej Malaysia yang selama ini konsisten menentang kezaliman Zionis akan bertukar menjadi sebuah negara pro-Israel jika pembangkang menang pilihan raya.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger