Friday, February 24, 2012

PAS KEDAH BERGOLAK LAGI


Isu penggunaan AUKU ke atas pelajar-pelajar KUIN pada penghujung tahun 2011 telah menyebabkan Menteri Besar Kedah mendapat kritikan daripada ahli-ahli PAS dan Pakatan Pembangkang. Begitupun, isu itu dikatakan selesai berikutan kuasa untuk menghukum pelajar terbabit adalah hak mutlak Menteri Besar Kedah.

Kali ini, isu melibatkan 4 Exco Kedah dari PAS yang dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 28 Februari ini. Situasi terbaru ini menggambarkan krisis dalaman PAS yang kini semakin tenat disebabkan kegagalan Azizan mentadbir Kedah dengan baik.

Antara Exco-Exco yang terlibat ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan seorang lagi Exco yang tidak didedahkan identitinya.

Tindakan Exco-Exco terlibat telah memberi tekanan kepada Azizan untuk meletakkan jawatan.

Keadaan ini adalah kemuncak kepada semua tekanan yang dihadapi Azizan sebelum ini bagi membolehkan beliau berundur daripada jawatan tersebut atas alasan beliau tidak mempunyai keupayaan mentadbir Kedah dan menghadapi masalah kesihatan.

Lebih membingunkan Azizan apabila keempat-empat anggota Exco sudah mengosongkan bilik masing-masing dan seorang daripadanya dilaporkan sudah sah menghantar surat peletakan jawatan kepada Azizan.

Alasan yang dikemukakan mereka adalah sebagai bantahan kepada gaya pentadbiran Azizan yang dikatakan tidak efisien.

Krisis terbaru politik Kedah itu bermula apabila tersebar khabar angin terdapat tiga Exco negeri berkenaan telah menghantar surat kepada Azizan menyatakan mereka tidak mahu dilantik semula ke jawatan tersebut dan salinannya dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sumber memberitahu, langkah yang dibuat oleh mereka bertujuan memberi tekanan kepada Azizan supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Tindakan itu sekali gus akan membolehkan Azizan tidak dilantik semula ke jawatan tersebut jika pakatan pembangkang terus memerintah Kedah.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan, Azizan selaku Menteri Besar berhak untuk melantik atau menggugurkan mana-mana Exco kerana ia proses biasa dalam pentadbiran.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger