Friday, February 10, 2012

PAS KELANTAN DALAM DILEMA?


Orang tempatan atau orang luar? Itulah yang bermain diminda kepimpinan tertinggi PAS Kelantan apabila rakyat tempatan khususnya penyokong PAS Kelantan mahukan anak tempatan bertanding dalam PRU-13 di Kelantan.

Orang Kelantan sudah bising, kalau hendak memerintah negara kenapa mesti ada calon luar bertanding di Kelantan. Takkan hendak memerintah negara ini, orang luar tidak sanggup hendak bertanding di tempat masing-masing.

Berdasarkan kepada situasi semasa PAS, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian merupakan mangsa terbaru PAS dalam meredakan ketegangan penyokong PAS di Kelantan.

Ini kerana terdapat usaha PAS Kelantan yang mahu ‘menghalau’ Salahuddin Ayub keluar dari Kelantan dengan meletakkannya bertanding di Johor. Biarpun perit, tetapi demi kelangsungan PAS mahu mempertahankan Kelantan, kepimpinan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan drastik ini.

Suka atau tidak suka, mahu atau tidak mahu, kepimpinan PAS Kelantan terpaksa mengikut kehendak rakyat biarpun nasib Salahuddin Ayub di Johor belum tahu ketentuannya.

Selain Salahuddin, dua lagi Ahli Parlimen PAS yang merupakan orang luar ialah Dr. Mohd. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) dan Nasharudin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok).

“Macam mana hendak memerintah negara kalau semua hendak tumpu di Kelantan. Jadi, kerana adanya fikiran begitu, mereka tuntut orang luar yang bertanding di Kelantan seperti ini dikeluarkan.

1 komen:

  1. Nik aziz tak percaya kpd anak negeri sendiri. Kelata dah ketandusan tokoh. Malunya aku sebagai anak kelante.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger