Tuesday, February 7, 2012

PAS LEBIH BERMINTA PUTRAJAYA BERBANDING PERJUANGKAN ISLAM


Jika 50 tahun dahulu PAS sangat terkenal dengan perjuangan Islamnya biarpun kalah dalam pilihan raya. Inilah membuatkan ramai rakyat khususnya orang Melayu menyokong PAS. Namun, kini perjuangan PAS itu sudah tidak lagi relevan apabila menjalinkan hubungan dengan DAP dan PKR demi merealisasikan hasrat menawan Putrajaya.

Atas sebab itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempertahankan akidah umat Islam apabila PAS tidak mahu memperjuangkan Islam.

Kesanggupan PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR secara jelas menentang penubuhan negara Islam yang berlandaskan prinsip undang-undang Islam. ini mengakibatkan PAS sudah jauh terpesong hingga menjadi parti 'pak turut' kepada DAP dan PKR serta tidak berani berbuat-apa apa sedangkan DAP melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan perjuangan PAS.

Penubuhan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini dengan berteraskan NGO tanpa mengira fahaman politik dijangka akan menggantikan peranan PAS yang kini sudah jauh menyimpang dan tenggelam dengan pengaruh DAP dan PKR.

Perjuangan JATI bukan berasaskan politik tetapi berjuang semata-mata atas nama Islam

Cita-cita Pakatan Pembangkang adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu jika menang Pilihan Raya Umum Ke-13. Dengan adanya semangat muhibbah dan kerjasama rakyat Malaysia yang cintakan negara pastinya cita-cita Pakatan Pembangkang itu hanya tinggal kenangan.

Niat Pakatan Pembangkang untuk mengubah Perlembagaan Negara tidak semudah disangka kerana perlu mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu terlebih dahulu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan orang Melayu.

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja tidak boleh diusik.

1 komen:

  1. http://nalurirakyat.blogspot.com/2012/02/gempar-apakah-itu-pas.html

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger