Sunday, February 26, 2012

PEMIMPIN PKR IKUT NAFSU ANWAR IBRAHIM BERKHALWAT


Jika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat dan khalwat pastinya pemimpin-pemimpin PKR lain akan mengikut jejaknya juga. Menjadi kebiasaany bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang yang akan menjadikan perbuatan haram itu sebagai cara untuk dihalalkan.

Terbaru dan sensasi, seorang pemimpin PKR Selangor, Ustaz Badrul Amin telah ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok. Lebih memilukan, pemimpin PKR itu ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita itu. Dimaklumkan, wanita itu bekerja sebagai juruteknik di sebuah institusi kemahiran.

Setelah mengesyaki perbuatan isterinya yang mencurigakan, suami kepada itu telah menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.

Penangkapan pasangan khalwat itu telah disahkan oleh Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz dan menyatakan siasatan sedang dijalankan mengikut kesalahan khalwat.

Mengikut prosedur biasa, satu laporan polis yang merupakan prosedur biasa dibuat berhubung kes tersebut.

Kehadiran Ustaz Badrul Amin bersama Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim datang ke Pahang bagi menyertai Himpunan Hijau 2.0 yang turut disertai penentang pembinaan kilang Lynas di Padang Majlis Perbandaran Kuantan di sini.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger