Saturday, February 18, 2012

PEMUDA PAS MAHU PARTI KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG


Ketua Pemuda PAS Cawangan Permatang Pauh, Mohammad Hafiz Nordin berang dengan pendirian Anwar Ibrahim yang menyokong Israel dan menggesa kepimpinan PAS supaya menamatkan hubungan dengan Pakatan Pembangkang.

Mohammad Hafiz, yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, menyertai berpuluh-puluh anggota Dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demonstrasi dengan memegang poster tertulis “Anwar Pengkhianat”, “Singkir Anwar”, “Anwar Sokong Penceroboh” dan “Anwar Agen Israel”.

Demonstrasi yang berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk turut disertai anggota beberapa NGO seperti Persatuan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri (PAJIM) dan Perkasa.

Mohammad Hafiz berkata sudah tiba masanya PAS bertindak tegas dengan keluar daripada Pakatan Pembangkang dan tidak terpengaruh dengan percaturan politik Anwar Ibrahim.

Pendirian Dewan Pemuda PAS terhadap Israel adalah jelas bahawa kewujudan negara Israel dianggap haram dan ia tidak harus diberi sebarang hak. Pakatan (pembangkang) telah terkeluar dari landasan perjuangan parti dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger