Friday, February 10, 2012

PEMUDA PAS SOKONG SAMBUTAN HARI KEKASIH @ VALENTINE DAY


Jika sebelum ini rakyat di Malaysia khususnya umat Islam ditegah untuk menyambut dan meraikan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day yang disambut pada 14 Februari setiap tahun, tetapi semalam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam blognya bertajuk 'Sambutan Hari Kekasih' di laman blognya, http://www.eperjuangan.com yang dimuat naik pada jam 1.14 petang menyokong pula sambutan Hari Kekasih.

Selain blognya, facebooknya juga mengeluarkan artikel yang sama. Ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan hukum Islam. Ternyata, PAS secara terang telah menghalalkan yang haram demi perjuangan politiknya dalam menarik sekongan golongan muda dan belia terhadap PAS.

Dalam entri tersebut, beliau menulis: "Anak-anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang berada di ambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih atau pada hari lebaran yang lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam.

Nasrudin juga pada perenggan kelapan turut mengesyorkan agar pasangan yang sudah berkahwin meraikan Hari Kekasih atau apa jua hari lebaran yang membawa maksud serupa dengan memberi hadiah dan ziarah.

5 komen:

  1. TERIMA KASIH PAS KERANA MENYOKONG VALENTINE DAY...HARI KEKASIH KINI SUDAH DIHALALKAN..SO LETS DO IT. LETS HAVE FUN ON THIS DAY..ALL THE COUPLE CAN CELEBRATE IT. THANKS TO PAS...THANKS AGAIN.

    ReplyDelete
  2. Ada artikel menari di blog MyMassa bertajuk Valentine's Day: Perayaan Hari Cinta Yang Menyesatkan Ummah.

    ReplyDelete
  3. wow, hebatlah PAS ni, skarang dah memperjuangkan pluralisma agama plak... adakah orang PAS tahu kisah di sebalik the valentine's day? atau stakat tangkap muat? Maulidur Rasul tak boleh plak yer.... tunggu korang PRU-13 nanti!

    ReplyDelete
  4. wwwoooooooouuuuuu..horey..horey..demi semangat pakatan PKR dan DAP...Ketua Pemuda PAS telah istiharkan Hari Kekasih boleh disambut pada Hari Kekasih @ Valentine Day....bila pula Mufti Agong PAS akan endorse kenyataan ini.

    ReplyDelete
  5. Keliru di antara perjuangan parti dan menjaga hati orang Pakatan...? huhu

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger