Wednesday, February 1, 2012

TERJAWAB SUDAH KHALID SAMAD PARASIT PAS


Jika sebelum ini ramai di kalangan rakyat Malaysia juga ahli dan penyokong PAS berteka-teki dengan kenyataan Dr Hassan Ali yang bercerita tentang parasit dalam PAS. Bagaimanapun, mereka sukar mengetahui siapakah parasit yang dimaksudkan Dr Hassan Ali?

Buat kali pertama di hadapan penduduk Shah Alam dan rakyat Malaysia yang disiarkan dalam media elektronik dan media baru, Dr Hassan Ali mendedahkan siapa sebenarnya parasit dalam PAS. Orang yang dimaksudkan parasit dalam PAS ialah Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor, Khalid Samad.

Pengumuman nama Ahli Parlimen Shah Alam itu sebenarnya telah diramal cuma belum disahkan secara rasmi. Ini memandangkan kebanyakan kerja dan tugasan berkaitan Islam di Selangor dimanipulasi dan dikacau Khalid Samad. Ini termasuklah menidakkan siasatan ke atas memurtadkan rakyat Selangor dalam isu Gereja DUMC yang secara terang dihalang Khalid Samad yang diketahui mempunyai hubungan baik dengan DAP dan PKR.

Selain isu Gereja DUMC, Khalid Samad juga itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Selain Khalid Samad, parasit lain dalam PAS ialah DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR yang selama ini mencari jalan bagaimana mahu menyingkirkan Dr Hassan Ali dari PKR. Mereka menganggap selagi Dr Hassan Ali berada dalam PAS, segala perbuatan dan tindakan mereka yang bertentangan dengan Islam, tetapi dihalalkan dalam politik Pakatan Pembangkang tidak dapat dilaksanakan.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket PAS.

“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam.


Selain Dr Hassan Ali, majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah yang dihadiri lebih 1,000 orang dan disertai juga bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit Ghazali.

Selain parasit Khalid Samad, parasit luar yang selama ini banyak memporakperandakan PAS menyebabkan tergelincirnya perjuangan sebenar PAS dalam agenda Islamnya ialah Anwar Ibrahim.

Hasan Basri menyifatkan penyebaran fahaman ‘Anwarism’ kini semakin merbahaya kerana ia jelas bersifat sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

“Sebagai contoh, demi untuk kuasa dan mendapat sokongan negara Barat, Anwar Ibrahim sanggup mengiktiraf sebuah negara haram Israel yang sejak sekian lama melakukan kekejaman terhadap umat Islam di Palestin.

“Selain itu, atas nama hak asasi manusia, Anwar Ibrahim juga bersungguh-sungguh menganggap Seksyen 377B (Kanun Keseksaan) yang melarang seks gay dan lesbian sebagai lapuk serta tidak lagi relevan dan sebab itulah saya kata fahaman ‘Anwarisme’ ini merbahaya kepada umat Islam di negara ini.

Aidit pula mengingatkan umat Islam di negara ini supaya taksub hanya kepada Allah dan bukannya kepada seseorang pemimpin mahu pun organisasi kerana ia adalah tuntutan Islam.

Secara jelas, PAS kini bukan lagi berdepan dengan UMNO mahupun BN, bahkan berhadapan dengan ketiga-tiga tokoh yang juga bekas ahli PAS yang akan mengoncang kepimpinan PAS yang selama ini terlalu bergantung harap dengan DAP dan PKR. 

1 komen:

  1. Khalid Samad di ciptakan muka seirip Salman Rushdie..! Kafir teragong didunia.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger