Saturday, March 10, 2012

ANWAR IBRAHIM PASTI TIDAK MAHU DENGAR KENYATAAN INI


Biarpun cenderung ‘menyokong’ dan ‘menyebelahi’ Pakatan Pembangkang dalam apa isu sekalipun, tetapi dalam keputusan kajian pastinya ia tidak boleh bias. Inilah yang dilakukan Merdeka Center apabila mengeluarkan kenyataan berhubung peningkatan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di  kalangan rakyat Malaysia.

Malah, lebih mengejutkan Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Pembangkang ialah peningkatan itu berterusan berbanding keputusan yang diperolehi pada Ogos tahun lepas.

Terbaru, populariti Najib Razak telah meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus sebelum nya yang dicatat pada Ogos tahun lepas.

Menurut Merdeka Center, biarpun kajian sebelum ini dilakukan pada Ogos 2011, iaitu sebulan selepas Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 peningkatan populariti Najib Razak suatu ‘keajaiban’ ekoran pembaharuan politik dan beberapa kejayaan transformasi yang diumumkan kerajaan seperti antara memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Pilihan Raya.

Populariti Najib Razak pernah dicatatkan pada paras teringgi, iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Kejayaan meningkatnya popularti Najib Razak sebagai Perdana Menteri adalah usaha keras beliau dalam melakukan transformasi kerajaan sama ada dalam ekonomi, sosial dan politik. Tidak dinafikan juga pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan pada Januari lepas membuatkan rakyat mula percaya akan pembaruan yang dilakukan kerajaan.

Bagaimanapun, sedikit mengecewakan apabila sokongan masyarakat Cina ke atas Najib Razak tidak melepas angka 50 peratus ekoran hasutan dan dakwah DAP yang memainkan peranan perkauman khususnya dalam mendapatkan kuasa politik.

Berbeza dengan masyarakat Melayu yang mencatat sokongan padu sebanyak 80 peratus dan masyarakat India sebanyak 74 peratus.

Lebih membanggakan, hasil kajian Merdeka Center menunjukkan satu pertiga responden yang condong ke arah Pakatan Rakyat dilihat berpuas hati dengan Najib Razak.

Walau apapun keputusan Merdeka Center ini, ia tidak langsung membayangkan sokongan rakyat ke atas Najib Razak dan BN secara keseluruhannya kerana respondannya tidak menyeluruh.

Yang pasti, petanda positifnya ialah pemerintahan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sejak pengambilalihan daripada bekas Perdana Menteri, Pak Lah pada April 2009 telah diterima rakyat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger