Wednesday, March 7, 2012

BEKAS PEMIMPIN PKR SAHKAN AMERIKA BANTU POLITIK ANWAR


Jika tidak ada angin, manakan ada pokok bergoyang. Itulah perumpamaan yang selayaknya ditujukan ke atas dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar Ibrahim mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) bagi menggulingkan kerajaan. Dakwaan itu ternyata benar dan diakui sendiri beberapa bekas pemimpin PKR.

Bantuan itu bukan sahaja melibatkan nasihat politik tetapi juga melibatkan bantuan latihan serta kewangan disalurkan AS dalam menjayakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka tidak terhad menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata sebaliknya turut melibatkan parti PKR.

Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, perkara itu telah lama berlaku dan beliau sendiri pernah melalui pengalaman dididik dengan doktrin demokrasi ala AS yang menjunjung tinggi nilai kebebasan bersuara dan kesamarataan dalam masyarakat.

Doktrin itu bersifat bahaya kelangsungan Malaysia dan ianya kini dipegang erat PKR sehingga Anwar Ibrahim sendiri sanggup menyokong kebebasan seksualiti meskipun bertentangan dengan budaya dan agama Islam.

Bantuan kewangan dan latihan yang diberikan itu disalurkan secara berkala oleh AS melalui Institut Demokrasi Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) serta NGO dari Jerman.

Tegas Anuar Shaari lagi, mereka telah dididik bukan sahaja untuk membawa demokrasi ala AS bahkan turut diajar supaya menyerang pelbagai institusi penting di Malaysia seperti institusi raja-raja, badan kehakiman dan polis bagi membangkitkan kemarahan rakyat sekaligus menjayakan kebebasan bersuara.

Atas sebab itu kini timbul NGO yang menuntut perkara yang bukan-bukan dan tidak logik tetapi mendapat sokongan pembangkang khususnya PKR seperti kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

1 komen:

  1. Patutlah Anwar ke hulu ke hilir, membrukkan nama pemimpin negara... Ada pembantu tegar paduhal melaung sorang ni...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger