Saturday, March 3, 2012

BUDAYA SAMSENG DALAM POLITIK MALAYSIA


Semenjak terbentuknya gabungan Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat @ Pakatan Pembangkang, politik di Malaysia sudah jauh terpesong daripada maksud sebenar politik dalam kancah demokrasi.

Umum mengetahui proses pilihan raya adalah undi dan angka yang membezakan seseorang calon atau parti itu menang atau kalah, berjaya memerintah atau tidak.

Dalam mempengaruhi pengundi, setiap parti akan cuba melakukan apa saja termasuk mengadakan samseng jalanan ketika proses berkempen dan membuang undi.

Sepanjang kempen politik atau tidak, budaya samseng pilihan raya telah disogokkan kepada rakyat dengan melakukan provokasi melampau dan mencaci keperibadian pemimpin yang belum tentu kebenarannya. Inilah yang dilakukan pemimpin Pakatan Pembangkang dalam setiap ceramah kempennya biarpun pemimpin BN mengambil pendekatan dengan tidak menyentuh peribadi calon.

Sewajarnya pemimpin politik Pakatan Pembangkang mahupun BN ‘mengajar’ ahli-ahli untuk tidak melakukan kempen provokasi hingga menyebabkan politik di Malaysia berpaksikan budaya samseng. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger