Thursday, March 22, 2012

EKSKLUSIF: SUSPEK SERANG AZLAN ABDULLAH ADALAH GENGSTER TAJAAN DAP



Sarawak dikejutkan dengan kejadian gengster apabila seorang aktivitis politik, Azlan Abdullah hampir mati apabila ditetak dengan parang oleh sekumpulan gengster yang dipercayai penyokong DAP di sebuah kedai di kawasan Padungan.

Kejadian yang berlaku pada 11 Mac lepas bukan sahaja menggemparkan rakyat Sarawak bahkan membongkar seribu satu macam cerita berhubung dengan kejadian tersebut.

Ramai yang menganggap perbuatan itu tidak seharusnya berlaku kerana bersikap pengecut dan menggesa pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini memandangkan ia melibatkan kes jenayah yang boleh membawa maut.

 
Mengimbas sumber yang boleh dipercayai, Azlan Abdullah ini adalah salah seorang daripada ‘ahli’ kongsi gelap yang bernaung di bawah kumpulan Naga Merah di Kuching. Kumpulan ini sering dijadikan alat DAP untuk menakutkan orang khususnya dalam ceramah-ceramah dan anjuran BN.

Difahamkan Azlan juga pernah menjalankan kerja-kerja samseng ini atas arahan dan tunjuk ajar kumpulan gengster upahan DAP. Ini bertujuan menakutkan ahli dan pemimpin BN supaya tidak terlalu radikal di kawasan yang dikuasai DAP dan pembangkang.

Ada hikmah di sebalik kejadian itu apabila nama Datuk Seri Lau Wee Kiong dipercayai mentor dan penderma kepada gengster tajaan DAP. Melalui tajaan itu, gengster itu beroperasi dan menjalankan kerja-kerja jahat mereka dengan menyusup dan menguasai persatuan-persatuan Sekolah Cina. Selain tajaan wang ringgi, industri seperti rumah pelacuran di Kuching juga dijadikan markas dalam mengumpul dana mereka yang selama ini bersembunyi di sebalik kelab-kelab malam.

Nilai tajaan bukan melibatkan ribuan ringgit malah jutaan ringgit bagi tujuan menghasut dan meracuni persatuan-persatuan Sekolah Cina bagi menentang kerajaan. DAP sanggup melaburkan duit mereka bagi tujuan mendapatkan kuasa dengan menghakis sokongan rakyat terhadap kerajaan biarpun selama ini kerajaan yang banyak membantu mereka ini. 

2 komen:

  1. minta maaf la... aku nak mencelah.
    april 2011 dolok PRN-Sarawak. aku tok salah seorang nok pergi mukah untuk menjadi pemandi dan transportasi ketika kempen berjalan untuk BN (Taib)... malangnya, aku rasa kecewa bila nangga kebanyakan kamek org ya di arah molah kerja ngacau ceramah PKR.. tapi sebenarnya, setiap parti ya semua sikpat pakey.. nok ada yang jujur tapi tak urg selalu anok mcm sidak ya cam haram jak.. ktk fikir la dipun....

    ReplyDelete
  2. Sebagai rakyat kampung... ari tuk ada faham sikit2 internet selalu jua nanggar dak blog2, fb, tweeter & macam2 sumber maklumat lain.. Alhamdulillah ada terbukak sikit minda, dapat sikit mikir nokni berita sahih nokni kurang sahih... kita bezakan & analisis.. berjalanlah sikit akal anugerah Allah pd kitak. Jadi jgnlah mudah melatah dgn apa2 berita yg disjikan oleh arus media perdana hari tuk... selidiklah supaya jgn mudah terjerumus dgn dosa2 kering yg bukan sengaja kita polah. Ikut rasa binasa... ikut hati mati...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger