Wednesday, March 7, 2012

HELAH BADRULAMIN KAITKAN KES KHALWATNYA DENGAN TENGKU MAHKOTA PAHANG


Ketika kes tangkapan khalwat pemimpin PKR Dr Badrulamin sedang menghampiri klimaks, timbul kenyataan mengatakan campur tangan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam siasatan kes tersebut.

Ketika kes penangkapan khalwat itu berlaku, difahamkan Tengku Mahkota Pahang itu berada di luar negara dan segera menafikannya dengan menghantas sms. Tindakan itu sebagai membersihkan nama baginda yang dikaitkan dalam kes khalwat oleh Badrulamin.

Semalam, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerusi Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Abdul Aziz sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya penglibatan baginda terbabit dalam siasatan tersebut.

Sebelum ini, dakwa Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali semua orang.

“Bagaimanapun, baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan Jabatan Agama Islam Pahang”.

Ternyata kini Badrulamin akan melakukan apa sahaja rekaan cerita demi melepaskan diri daripada tuduhan berkhalwat biarpun secara terang semasa ditangkap beliau dan pasangannya berdua-dua dengan seorang wanita berstatus isteri orang. 

1 komen:

  1. like leader like follower. cam ne nuar cam tu la si badrul ni. dia yang bersedap2 buat kemungkaran kemudian kaitkan orang lain. meluat betul. kes liwat nuar ngan saiful sama gak. nuar heret PM. apa nak heran. depa ni memang suka buat taik pastu nak orang lain cuci. boleh jalan lah

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger