Saturday, March 3, 2012

KRISIS DALAMAN PAS KEDAH KIAN PARAH


Mesyuarat tergempar PAS Pusat dalam membincangkan krisis dalaman PAS Kedah yang mengambil masa selama 4 jam menemui jalan buntu apabila tiada sebarang keputusan dibuat. Kegagalan ahli-ahli mesyuarat mendapatkan keputusan dalam mesyuarat itu membuktikan pergolakan dalaman PAS Kedah kian parah. Mesyuarat itu telah dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang juga rakan seperjuangan Anwar Ibrahim.

Kegagalan itu membuatkan satu lagi mesyuarat tergempar akan sekali lagi diadakan pada Sabtu ini bagi mencari formula dalam menyelesaikan krisis dalaman PAS Kedah yang melibatkan pertelingkahan antara Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dengan kumpulan Phahrolrazi Zawawi.

Pada perbincangan seterusnya, mesyuarat akan melibatkan semua pihak termasuk Abdul Hadi Awang, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, pesuruhjaya negeri serta pihak bertelagah.

Melihat kembali pergolakan dalaman PAS Kedah yang dlihat ada campur tangan parasit dan Anwarisme sehingga menyebabkan sokongan ke atas kumpulan ulama diketepikan. Phahrolrazi Zawawi yang merupakan anggota kumpulan Anwarisme cuba untuk membentuk pasukan dan mahu menggulingkan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.

Kumpulan ini yang serasi dengan idelogi reformasi tidak mahu terkongkong dengan idealogi kumpulan ulama yang disifatkan telah ketinggalan zaman. Untuk itu, sebaik-baiknya kumpulan ulama ini harus direformasikan selaras dengan kehendak dan keperluan zaman.

Dan, kini PAS Kedah bukan sahaja berdepan dengan kumpulan Anwarisme tetapi juga berhadapan dengan reformasi yang diperjuangkan Anwar Ibrahim sebelum ini yang hanya bertujuan untuk kepentingan politik sendiri. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger