Monday, March 19, 2012

MERPATI PUTIH BN ANCAMAN TERBARU PAKATAN PEMBANGKANG



Kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah bekas anggota tentera, Ahmad bin Sabang, 71, telah mendapat pembelaan sewajarnya apabila kerajaan bersetuju membantu dalam membina rumah baru yang bernilai RM50,000.

Sumbangan itu telah membuatkan Ahmad berasa lega dan terharu di atas bantuan yang dihulurkan kerajaan. Biarpun begitu, Ahmad tetap mengenangkan rumahnya yang disifatkannya mempunyai seribu satu macam kenangan. Ini disebabkan rumah itu adalah peninggalan keluarganya yang mula-mula mendiami kawasan itu yang kini terletak di tengah-tengah bandar Kuching.

Selain bantuan rumah, keluarga Ahmad juga menerima sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan pakaian. Sejak kejadian kebakaran itu, keluarga Ahmad tidak putus-putus menerima bantuan khususnya daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Manakala, yang menjadi persoalan tiada seorangpun pemimpin wakil rakyat daripada DAP mahupun PKR yang merupakan wakil rakyat di kawasan itu menampakkan muka atau melihat kejadian itu.

Pada majlis itu, PBB DUN N.11 Batu Lintang yang diketuai Dato’ Haji Idris Buang bersama dengan SUPP Parlimen Bandar Kuching serta Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dan KEMAS telah bekerjasama mengadakan gotong-royong membersihkan tapak rumah Ahmad Sabang. Gotong-royong ini dilakukan bagi memberi ruang kepada pembinaan rumah baru yang dijadualkan akan dibina tidak lama lagi.

 
Biarpun rumah ini terletak di kawasan Pakatan Pembangkang, iaitu dalam Parlimen P.195 Bandar Kuching yang diwakili DAP manakala DUN N.11 Batu Lintang diwakili PKR, namun ia tidak sedikitpun memberikan tekanan dan meruntuhkan semangat untuk membantu rakyat. Malah, rakyat di Sarawak dan Malaysia keseluruhannya perlu berasa berbangga kerana mempunyai kerajaan yang prihatin akan masalah rakyat khususunya ketika menghadapi bencana dan musibah yang tidak diduga.

Mengulas pemberian itu, Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan BN kerana menghulurkan bantuan. Biarpun rumah asal telah musnah namun pemberian kerajaan ini telah banyak membantu kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan. Paling bersyukur, dalam kejadian itu tiada sebarang kejadian kemalangan jiwa hanya melibatkan kemusnahan harta benda.

Turut hadir di majlis Prihatin Merpati Putih BN ialah Timbalan Datuk Bandar MBKS, Haji Affendi, wakil SUPP, Sin Hua Tong, Pengarah JASA Sarawak, Hassan bin Busu dan Pengarah KEMAS, Haji Abang Rabee bin Abang Muhi. Turut sama membantu gotong-royong itu pegawai dan kakitangan JASA Sarawak, KEMAS Sarawak, PBB, SUPP dan penduduk setempat. 

3 komen:

  1. Salfian, dialu-alukan.

    Selamat berjuang ......

    ReplyDelete
  2. Well DONE Dato’ Haji Idris Buang & Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak & others

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger