Monday, March 5, 2012

PAS SANGGUP MINUM KOPI DENGAN DAP DAN PKR DARIPADA MINUM ARAK DENGAN UMNO


Dalam satu forum politik PAS di Shah Alam, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ‘anti’ perpaduan apabila sanggup memecahbelahkan orang Melayu dengan menyatakan mereka sanggup minum kopi dengan DAP dan PKR daripada minum arak dengan UMNO.

Kenyataan Dzulkefly itu bersifat PAS lebih mementingkan soal merebut kuasa bersama kedua-dua parti yang secara jelas menentang Islam berbanding bersatu menyatukan ummah.

Apakah maksud Dzulkefly berkata demikian sehingga sanggup memusuhi UMNO yang seagama?

Sebelum ini, untuk pengetahuan Dzulkefly PAS pernah menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tetapi, bagaimana pula apabila PAS menjalinkan hubungan dengan DAP dan PKR hanya semata-mata untuk mencari kuasa politik? Apakah dengan kuasa politik menjadikan mereka tidak kafir?

Hakikatnya UMNO jauh lebih baik daripada PAS yang selama pemerintahannya telah menjalankan hukum Islam. PAS yang selama ini memperjuangkan Islam hanyalah bertunjangkan agama sahaja, tetapi hakikatnya PAS sudah jauh tergelincir daripada landasan Islam. PAS kini lebih mudah mengikuti idelaogi DAP dan PKR yang ternyata bersifat duniawi berbanding akhirat.

Hakikatnya, Dzulkefly seperti diketahui umum merupakan pengikut setia Anwar Ibrahim di dalam PAS dan merupakan salah seorang daripada ‘parasit’ dalam PAS. Tidak hairanlah mengapa Dzulkefly benar-benar membenci UMNO sebagai menunjuk kasih sayangnya terhadap Anwar Ibrahim.

Disebabkan Dzulkefly juga PAS kini telah ‘tunduk’ kepada DAP dan segala yang haram di mata masyarakat Islam kini ‘halal’ segalanya sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan Islam!

4 komen:

  1. Mabuk kuasa punya pasal....semua jadi buleh belaka !!

    ReplyDelete
  2. Semoga allah laknat pemimpin PAS yang pecahbelahkan umat islam seperti pas nie dan kesemuanya tewas dlm pru nnti..

    ReplyDelete
  3. PAS SANGGUP MINUM ARAK DENGAN DAP DAN PKR DARIPADA MINUM KOPI DENGAN UMNO

    ReplyDelete
  4. Betui tu bro wa sokong lu..la ni ank depa pun dok langgah....pirah..mabuk...hang kata hang teraaaaaaaaa...!

    a..awat hang dok penin pala lak...jaja pak tam dah naik pitammmm

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger