Wednesday, March 14, 2012

PENDEDAHAN TERBARU BN SELANGOR GUSARKAN PKR DAN PAKATAN PEMBANGKANG


UMNO Selangor yang bertindak sebagai pembangkang di Selangor telah ‘berjaya’ membuatkan PKR dan koncu-koncunya PAS dan DAP berasa gusar dan tidak senang duduk. Ini kerana, bahan bukti terbaru yang mengaitkan Ketua Pembangkang dengan Israel dan Yahudi AS telah berjaya dijumpai. Kejayaan bukti terbaru itu, telah mendesak Anwar Ibrahim untuk membalas tuduhan itu.

Jika Anwar Ibrahim mengambil pendekatan berdiam diri, nescaya dakwaan UMNO Selangor bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dan meminta bantuan Israel dan NGO’s adalah benar.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed hari ini mengumumkan bukti-bukti yang menunjukkan Anwar Ibrahim menerima bantuan Israel dan Yahudi serta Konrad Adeneur Foundation (KAF. Yang lebih membanggakan, bukti-bukti itu datangnya dari sumber dalaman PKR sendiri yang telah ‘muak’ dengan tingkahlaku Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menjual negara.

KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar Ibrahim.

Strategi KAF ialah bersama PKR dalam menggerakkan operasi di negara ini melalui dua pendekatan yang dikenali sebagai 'dialog politik' termasuk ceramah dan 'pembangunan media' untuk merealisasikan agenda tersebut.

KAF yang juga salah satu cabang di bawah NED iaitu National Democratic Institute for International Affairs (NDI) didakwa turut terlibat secara langsung membantu PKR dan Anwar Ibrahim dari segi dana dan buah fikiran untuk menguasai politik di Malaysia.

Lebih menggembirakan Anwar Ibrahim, NDI didakwa menyediakan buku panduan yang menggariskan pendekatan dan kaedah untuk PKR memenangi pilihan raya khususnya dalam mengekalkan Selangor.

Cakap-cakap Mohd. Zin Mohamed itu bukan omongan kosong seperti yang didakwa sesetengah pemimpin PKR yang selama ini taksub dengan perbuatan Anwar Ibrahim biarpun secara terang-terangan melakukan perbuatan liwat walaupun berjaya membebaskan diri daripada hukuman di Mahkamah.

Ramai berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Anwar Ibrahim meliwat atas alasan kesilapan teknikal. Keputusan kesilapan itu tidak dapat diterima rakyat dengan menyifatkan Anwar Ibrahim bermain tarik tali dalam kes liwatnya itu.

Antara bukti yang menjadi senjata utama UMNO Selangor adalah buku panduan yang diterbitkan NDI itu turut diterjemah kepada beberapa bahasa iaitu bahasa Melayu, Tagalog, bahasa Indonesia dan Thailand.

Tindakan NDI mengalihkan bahasa buku panduan itu boleh dikatakan sebagai menjadi ‘kitab’ kepada pakatan pembangkang khususnya PKR. Apa rasionalnya pihak asing memberi panduan kepada PKR untuk menguasai politik negara ini kalau tidak disusuli dengan agenda-agenda tertentu.

berdasarkan buku panduan yang dikenali sebagai 'Buku Panduan Perancangan Kempen Politik' antaranya menyentuh mengenai pendekatan menyebarkan dakyah bahawa kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

Anwar Ibrahim sendiri pernah mengucapkan mengenai 'Arab Spring' bagi memberi idea kepada rakyat bahawa 'Malaysia Spring' akan berlaku. Beliau menggunakan pengaruh golongan muda dan contoh-contoh kejatuhan rejim di negara-negara Asia Barat untuk menghasut rakyat membenci pemimpin mereka. Semua itu merupakan idea dan buah fikiran KAF dan NDI.

Berdasarkan maklumat yang diterima, KAF juga turut menaja ejen-ejen yang terpilih dalam pakatan pembangkang untuk mengikuti latihan meliputi penyusunan propaganda; gerak kerja unit khas DUN dan pasukan Khas; Perisian SisMap serta menggodam e-mel individu yang disasarkan terutamanya agensi kerajaan.

Kita tunggu reaksi Anwar Ibrahim terhadap kenyataan terbaru UMNO Selangor.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger