Wednesday, March 7, 2012

PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMANDU SERLAHKAN KEPINCANGAN PAS KEDAH


Keputusan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi menangani krisis dalaman PAS Kedah menyerlahkan kepada rakyat bahawa PAS Pusat meragui kepimpinan Azizan sebagai Menteri Besar.

Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan bagi memantau semua keputusan yang dibuat kerajaan negeri Kedah mencerminkan parti itu tidak yakin terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah.

Sekiranya PAS Pusat yakin dengan kepimpinan Azizan, maka tidak perlulah ditubuhkan Jawatankuasa Pemandu. Jika benar penubuhan Jawatankuasa Pemandu itu sebagai ketelusan pemerintahan, kenapa tidak ditubuhkan sebaik sahaja PAS menang dalam PRU 2008 dahulu dan kenapa baru sekarang?

Penubuhan Jawatankuasa Pemandu ini pastinya akan memberikan cabaran lebih besar kepada pentadbiran Azizan. Ini kerana segala gerak-geri dan perjalanan pemerintahan PAS Kedah dan Kerajaan Kedah akan dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pemandu.

Melihat kepada isu yang melibatkan Azizan dan Phahrolrazi Zawawi, ianya adalah isu dalaman PAS. Bagaimanapun keutamaan Kerajaan Pusat adalah aspek kebajikan dan nasib rakyat negeri itu yang pasti terjejas akibat pentadbiran yang terganggu kesan daripada isu tersebut.

PAS tidak serik dengan pelbagai masalah dan isu, dan ini menyebabkan rakyat sudah hilang keyakinan kepada PAS dan Pakatan Pembangkang.  

1 komen:

  1. Azizan akan dipandu oleh 'JK PEMANDU' sehingga ke gaung dlm pru nanti... Tak cukup berkuasa pula seorang menteri besar ni.... kesian dia... diperkudakan oleh partinya sendiri...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger