Monday, March 19, 2012

RAKYAT MALAYSIA BIDAS HADI AWANG BENARKAN ORANG ISLAM KERJASAMA DENGAN YAHUDI



Bagi menghalalkan tindakan dan perbuatan Anwar Ibrahim terhadap sokongannya ke atas Israel, PAS boleh dianggap parti ‘radikal’ Islam yang menyokong kepimpinan Yahudi. Ini kerana kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang membenarkan orang Islam bekerjasama dengan Yahudi bukan berfahaman Zionis.

Kenyataan Hadi Awang itu telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Tindakan Hadi Awang itu seolah-olah membenarkan keganasan yang dilakukan Yahudi dan Israel ke atas rakyat Palestin.

“Adalah tidak wajar untuk seorang ulama mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana tanpa disedari ia telah memberi implikasi negatif dan prejudis terhadap masyarakat Malaysia.

Malah tidak keberatan dikatakan kenyataan itu bertujuan untuk menyelamatkan maruah dan imej Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang terjejas teruk akibat menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Dalam konteks Yahudi, ternyata PAS masih cetek ilmunya dan telah dikaburi oleh bayangan Yahudi yang selama ini membantu perjuangan Pakatan Pembangkang seterusnya PAS dalam menakluk Putrajaya pada PRU-13 akan datang.

Hadi Awang harus menyedari bahawa hegemoni Zionis dan Zionis itu membawa maksud negatif dalam benak fikiran masyarakat dunia hari ini.

Kenyataan Hadi Awang itu seumpama mahu menyamakan konsep kerjasama antara bangsa Yahudi dengan masyarakat Islam di zaman Nabi Muhamad S.A.W, ia tetap tidak boleh diterima kerana situasi politik ketika ini terlalu berbeza dan tidak lagi relevan.

Abdul Hadi sebaliknya tidak perlu menyatakan pandangan sedemikian kerana sememangnya hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan Yahudi telah terbentuk sejak azali lagi kecuali hubungan diplomatik.

Sebaliknya, kenyataan itu bersifat propaganda parti yang sebenarnya bertujuan membantu perkukuhkan kenyataan Anwar Ibrahim demi menarik semula kepercayaan rakyat terhadap Ketua Pembangkang.

Kenyataan Hadi Awang itu juga disifatkan sebagai pemimpin Islam yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga perasaan masyarakat negara khususnya orang Islam. beliau boleh berkata apa saja sehingga lupa perjuangan agama dan bangsa asalkan terus popular demi mendapatkan kuasa memerintah.

2 komen:

  1. perlu diperingatkan ada dikalangan ulamak pas yang mendapat phd dari universiti di barat dalam bidang pengkhususan agama islam yang mana universiti itu bertaraf elit tetapi pemiliknya adalah yahudi, gurunya adalah yahudi dan tentulah phd itu adalah kurniaan yahudi, kita perlu minta penjelasan dari haji adi tentang hal ini, sejauh manakah perhubungan antara yahudi dan islam dibenarkan. adakah sehingga menuntut ilmu islam dari yahudi dibolihkan.

    ReplyDelete
  2. ulama ke die ni??

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger