Wednesday, March 28, 2012

RAMAI BELIA DI PETRA JAYA KECEWA PKR BATALKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK



Tindakan PKR Petra Jaya membatalkan Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah yang membabitkan 30 penyertaan kesemuanya disifatkan suatu yang mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Menjadi lumrah belia untuk bersukan dan berhibur, dan apabila perkara ini berlaku secara tiba-tiba maka peluang mereka untuk bersukan terjejas terus.

Dalam perkara ini Pengerusi Jawatankuasa Penganjur harus dipersalahkan 100 peratus kerana gagal memberikan keyakinan dan komitmen terhadap keseluruhan pertandingan.

Di sebalik pembatalan pertandingan itu, Pengerusi Penganjur, Mohammad Yusof Baharuddin seharusnya menyediakan kelengkapan khususnya padang yang sesuai untuk pertandingan. Alasan bahawa pembatalan pertandingan ini ada kaitannya dengan pengaruh politik adalah suatu tanggapan yang tidak profesional.

Belia yang menyertai pertandingan bola sepak ini sedikitpun tidak mencampuri urusan bersukan dan politik. Berbeza dengan penganjur yang cuba untuk menyuntik kebencian terhadap kerajaan dengan menyatakan andaian yang negatif terhadap kerajaan. Ini sesuatu yang tidak harus berlaku kepada penganjur.

Difahamkan pembatalan Pertandingan Bola Sepak itu disebabkan permohonan mereka sebelum ini bercanggah dengan permohonan asal mereka untuk menggunakan padang bagi tujuan pertandingan bola sepak dan bukannya Karnival Sukan Keadilan seperti yang didakwa penganjur.

Tindakan penganjur menyalahkan ahli Jawatankuasa Padang Sukan Kampung Gita yang membatalkan permohonan mereka ini adalah suatu yang tidak benar kerana perbezaan permohonan.

Sebagai penganjur, mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap pembatalan ini dan bukannya menyalahkan orang lain dalam hal ini. Diberitakan pembatalan permohonan PKR Petra Jaya ini telah diberitahu awal dan bukannya pada saat akhir seperti yang didakwa penganjur. Malah ahli Jawatankuasa Padang Sukan Kampung Gita telah memaklumkan bahawa padang bola sepak tersebut tidak dapat digunakan akibat rosak dan padang becak.

Penganjur seharusnya mempunyai alternatif untuk menyelesaikan perkara ini dan bukannya menunding jari kepada orang lain untuk dipersalahkan. Atau lebih mudah lagi jangan salahkan orang lain jika diri sendiri yang bersalah.

Jika benar dakwaan PKR Petra Jaya bahawa ada unsur pengaruh politik sehingga tidak membenarkan penggunaan padang itu untuk tujuan pertandingan, bagaimana pula dengan banyak program anjuran BN tidak dapat menggunakan kemudahan awam di Selangor? Malah lebih teruk lagi mereka membatalkan pertandingan pada hari perasmian. 

2 komen:

  1. Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    KL POS memohon jasa baik pihak anda menyenaraikan laman kami ini di antara senarai 'BLOG PILIHAN' di blog anda agar info KL POS dapat dikongsi bersama pengunjung blog anda.


    Semoga kita dapat berkongsi info dan pandangan membina khas buat tatapan masyarakat Malaysia amnya.


    Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog anda amat KL POS Kagumi. Terima Kasih.



    "Paparan Info Politik menjangkaui sempadan ideologi."



    KL POS Media and Services

    http://klpos.com/

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger