Thursday, March 22, 2012

TAHNIAH PEMIMPIN BN SELANGOR, ITULAH TUGAS PEMBANGKANG



Selama ini, sejak penaklukan Pakatan Pembangkang yang dianggotai DAP, PKR dan PAS ke atas Selangor, ramai di kalangan pemimpin BN masih terbawa-bawa mereka sebagai pemerintah. Sehinggakan segala perkara yang dibawa pemerintah Pakatan Pembangkang di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang seperti Selangor kurang lantang diambil tindakan biarpun terdapat isu-isu yang menimbulkan keraguan seperti pasir haram, pemberian tender dan kontrak, dan sebagainya.

Bagi kebanyakan pemimpin BN negeri yang ditadbir Pakatan Pembangkang, mereka menganggap diri mereka masih lagi pemerintah sehingga takut untuk bertindak biarpun apa yang dilakukan kerajaan negeri itu boleh dipertikaikan.

Seminggu selepas persidangan Dewan Rakyat, DUN Selangor memulakan sidang dewan dengan Sultan Selangor mengarah pemerintah untuk menegakkan perpaduan khususnya di kalangan rakyat Selangor. Tidak sampai seminggu DUN Selangor bersidang, pemimpin pembangkang BN, Datuk Mohd Isa Kasim terpaksa membayar harga yang mahal ekoran kelantangannya mengkritik pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu sensitif dengan diarah keluar dewan.

Mohd Isa boleh diibaratkan sebagai ‘peguambela’ di kalangan pemimpin BN di Selangor biarpun menerima amaran keras daripada Speaker DUN , Datuk Teng Chang Khim. Atas dasar perjuangannya untuk membongkar isu-isu yang selama ini disembunyikan kerajaan Selangor, Mohd Isa tidak takut malah menggunakan kedudukannya sebagai pembangkang di Selangor untuk menegakkakn kebenaran.

Dalam kejadian itu, hanya disebabkan ketegasan Mohd Isa menyoal dan mengemukakan soalan kepada Menteri Besar Selangor berhubung pengurusan kewangan negeri yang disifatkan sebagai meragukan.

Pokok kepada persoalan itu apabila sebelum ini Khalid Ibrahim mendakwa Kerajaan Selangor terdahulu peimpinan BN tidak berbelanja dengan cermat wang negeri termasuk mengenai projek-projek yang bernilai RM20 juta telah menjadi RM40 juta.

Dakwaan itu tiada bukti sebaliknya Khalid Ibrahim bersikap menuduh dengan andaian bahawa rakyat Selangor terperangkap dengan dakwaan itu. Ini menyebabkan Mohd Isa yang mewakili BN menangkis dakwaan itu yang disifatkan sebagai tuduhan melulu dan fitnah.

1 komen:

  1. salam;
    macam mana nak ambil tindakan..mereka pun sama jugak 2x5....BN dan Pembangkang sama je kencing rakyat...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger