Tuesday, April 10, 2012

ADUN DAP PERAK BIADAP DAN KURANG AJAR



Isu kebiadapan ADUN DAP Simpang Pulai yang bertindak di luar batasan dalam Persidangan DUN Perak semalam sangat memalukan dan kurang ajar. Beginikah caranya seorang ADUN yang dipilih rakyat yang langsung tidak mempunyai unsur kesopanan dan ketatasusilaan?

Dalam sidang DUN Perak, ADUN DAP Chan Ming Kai telah mencetuskan kontroversi dan mengakibatkan dewan kecoh setelah bersikap biadap terhadap Speaker Datuk R. Ganesan. Tindakan Chan Ming Kai meluru ke arah Speaker dan menghempas kertas serta menyuarakan dengan kata-kata kesat mengejutkan ahli dewan.


Ketegangan bermula apabila Chan Ming Kai bangun dari tempat duduknya dan meminta supaya empat daripada lima soalan bertulis yang dikemukakannya dijawab dalam persidangan itu.

Bagaimanapun, Ganesan menjelaskan di bawah Perintah Tetap 23 (1) (A), sesuatu soalan itu tidak boleh dimasukkan nama seseorang atau kenyataan yang tidak sebenar-benarnya mustahak bagi menjelaskan maksud soalan tersebut.

Walaupun telah diberi amaran namun Chan Ming Kai tetap dengan pendiriannya menganggu persidangan hingga membawa kepada tindakannya menaiki podium sambil menghempas soalannya di hadapan muka Speaker.

Melihat kepada keadaan itu, Speaker tiada banyak pilihan melainkan mengarahkannya keluar dewan kerana berkelakuan biadap. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger