Tuesday, April 17, 2012

AZMIN ALI ELAK JAWAB, TIAN CHUA DAN KHALID SAMAD BUAT TAK TAHU PERSENDA SULTAN



Kebiadapan pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Tian Chua dan Khalid Samad semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara baru-baru sedikitpun tidak dihiraukan pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain. Bagi mereka perbuatan seperti itu adalah lumrah seperti mana kelakuan mereka dalam Dewan Rakyat.

Jika pemimpin Pakatan Pembangkang tidak menghiraukannya, rakyat yang bernaung di bawah pentadbiran Sultan dan Agong menganggap perbuatan tersebut sebagai kurang ajar. Belum ada seorangpun di kalangan rakyat yang pernah menderhaka kepada Sultan atau Raja melainkan apa yang dilakukan pemimpin PKR itu.

Dakwaan yang dikemukakan Dr Rahman Kadir melalui facebooknya dan disiarkan Utusan Malaysia pada 13 April lepas telah mengejutkan ramai pihak. Bagaimanapun, seperti biasa Azmin Ali dan rakan-rakan biadapnya mempersoalkan kesahihan dakwaan Dr Rahman itu.

“Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balirong Seri Istana Negara?

Juga, menjadi kebiasaan, Azmin Ali mempersalahkan UMNO dan BN yang didakwa bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara tersebut.

“Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda UMNO dan BN.

Justeru, rakyat mahu tindakan tegas diambil ke atas individu yang terlibat sementara cadangan penubuhkan sebuah suruhanjaya di raja bagi menyiasat perkara berkenaan wajar difikirkan.

Jika Azmin Ali berdiam diri, Tian Chua cuba untuk menyaman terhadap Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita tersebut tanpa memeriksa kesahihannya. Seperti biasa, Tian Chua cuba untuk memesongkan rakyat dengan menakut-nakutkan Utusan Malaysia dengan mahu mengambil tindakan. Sewajarnya kesahihan itu telahpun terbukti dengan kenyataan Dr Rahman Kadir dalam facebooknya yang juga boleh dijadikan saksi.

Begitupun, Tian Chua dan Khalid Samad tidak bersetuju dengan cadangan menubuhkan suruhanjaya di raja. Ini kerana penubuhan suruhanjaya di raja ini yang akan menyiasat dari akar umbi pastinya memberikan tekanan kepada mereka ini yang melakukan perbuatan tersebut. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger