Thursday, April 12, 2012

BELUM SEPAKAT PKR TETAP TANDINGI 10 KERUSI PARLIMEN DI SARAWAK



Biarpun masih belum menerima kata sepakat daripada komponen Pakatan Pembangkang seperti PAS dan DAP, PKR tetap dengan pendiriannya akan menempatkan 10 orang calonnya di Parlimen Sarawak dalam PRU-13 akan datang ini.

Biarpun telah banyak kali mesyuarat dan perbincangan telah dilakukan Pakatan Pembangkang Sarawak hingga melibatkan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga komponen parti itu namun sehingga ke hari ini ianya masih belum ada sebarang keputusan muktamad. Untuk itu, bagi mengekalkan kuasa status quo yang dimilikinya PKR telah mengambil keputusan untuk bertanding di 10 kawasan Parlimen di Sarawak.

Menurut Baru Bian, kerusi Parlimen yang akan ditandingi mereka merupakan kerusi yang diyakini akan dimenangi mereka. Ini termasuklah kerusi Parlimen Stampin, Sibuti, Miri dan Limbang yang sebelum ini menjadi pertikaian antara PKR dengan DAP. Bagaimanapun, tegas Baru Bian kerusi Parlimen Bandar Kuching dan Sibu tetap akan ditandingi DAP tetapi tidak Parlimen Stampin, Sibuti, Miri dan Limbang. Kebanyakan kerusi yang menjadi tumpuan PKR adalah kerusi majoriti Dayak dan Melayu/ Melanau.

Sebelum ini PKR bercadang untuk bertanding di 12 daripada 31 kerusi Parlimen. Penetapan 10 kerusi itu adalah muktamad manakal 2 kerusi lagi masih di peringkat rundingan akan diketahui menjelang pembubaran Dewan Rakyat.

Pada PRN Sarawak Ke-10 lepas, PKR yang bertanding 49 konstituensi hanya menang 3 kerusi DUN iaitu Ba’Kelalan, Krian dan Batu Lintang.

Berbeza dengan rakan PKR dalam Pakatan Pembangkang, DAP bahawa mereka masih merahsiakan jumlah kerusi yang akan ditandingi. Ini kerana masih ada beberapa masalah berhubung pertindihan kerusi dengan PKR. Pun begitu, kenyataan Baru Bian berhubung 10 kerusi Parlimen yang ditandingi adalah hak suara mereka. Bagaimanapun, kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang masih belum membuat keputusan mengenai agihan kerusi yang sepatutnya.

Lebih mengejutkan PKR ialah kesediaan DAP menampilkan 50 peratus calon DAP yang terdiri daripada kaum Dayak dalam usaha mendapat sokongan daripada kaum Bumiputera. Ini pasti memberi cabaran kepada PKR kerana pastinya DAP mahukan kerusi yang majoritinya kaum Bumiputera. Ini kerana kerusi yang ‘mampu’ menang yang ditandingi PKR kebanyakannya merupakan pengundi majoriti kaum Bumiputera.

Secara jelas, PKR dan DAP kini bersaing untuk mendapatkan jaminan kerusi yang lebih banyak. Melihat kepada keputusan perbincangan yang masih belum selesai adalah kemungkinan status quo yang dimiliki PKR di Sarawak seperti dalam PRN Sarawak akan hilang disebabkan prestasi yang buruk dan kejayaan DAP dalam menempatkan dirinya dalam politik Sarawak. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger