Saturday, April 7, 2012

‘MAK LAMPIR’ ZURAIDA JANGAN MELAMPAU JIKA TIDAK MAHU RAHSIA BESAR PECAH



Perbuatan ‘Mak Lampir’ Zuraida Kamaruddin dingatkan supaya tidak melampau dalam memecat keahlian PKR di peringkat cabang. Jika tidak, perbuatan Zuraida akan mengundang malapetaka buat dirinya kerana beliau bukanlah pemimpin yang ‘baik’. Ini kerana ada ‘rahsia besar’ yang mampu membuatkan dirinya terlepas mempertahankan jawatan Ahli Parlimen atau akan mengalami kekalahan memalukan.

Amaran ini disampaikan bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi yang telah dipecat baru-baru ini daripada jawatan itu malah dikatakan akan dipecat keahliannya dalam PKR dalam masa terdekat.

Mohd Isa telah menerima surat pemecatannya sebagai Ketua Penerangan PKR Ampang menerusi surat bertarikh 2 April di rumah saya pukul 3 petang semalam yang ditandatangani oleh Zuraida dan ia berkuatkuasa serta-merta.


Namun, tindakan Zuraida itu akan memakan diri sedikit masa lagi kerana Mohd Isa bersedia mendedahkan rahsia besar Zuraida. Menurut Isa, ini bukan balas dendam tetapi adalah perkara yang sewajarnya diketahui rakyat Malaysia terutamanya penyokong dan ahli PKR yang selama ini diperalatkan Zuraida dan PKR.

Perbuatan Zuraida yang memecat Ketua Penerangan PKR Ampang itu bukanlah kali pertama bahkan sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Ampang telah banyak adegan memecat ahli-ahli PKR yang dikatakan tidak menyebelahinya terutama semasa pemilihan PKR sebelum ini. Malah, lebih memburukkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen, Zuraida sering menganggap dirinya betul dan akan memecat sesiapa sahaja jika ada yang menegur apa yang dilakukannya.

Pemecatan Mohd Isa itu dikatakan ada kaitannya dengan tindakan Mohd Isa sebelum ini yang mendesak Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR untuk menjawab tuduhan yang mendakwa Azmin Ali dan isterinya mempunyai pemilikan saham bernilai jutaan ringgit dan pengesahan salah seorang anak Azmin yang dikatakan sebenarnya berbinti Anwar Ibrahim.

Justeru, dengan pemecatan itu, Mohd Isa bukan lagi Ketua Penerangan PKR Ampang dan beliau tidak layak mendesak Azmin Ali terhadap dakwaannya sebelum ini. Apakah hanya ahli-ahli PKR sahaja yang boleh mendesak Azmin Ali manakala mereka yang bukan ahli PKR termasuk ahli PAS dan DAP tidak layak untuk mendesak Azmin Ali menjawab tuduhan itu?

Biarpun beliau akur dengan keputusan Zuraida itu memecatnya kerana kuasa ada pada Ahli Parlimen Ampang itu, namun beliau tetap dengan keputusannya untuk menggesa Azmin Ali menjawab kesemua tuduhan itu andai benar Azmin tidak melakukannya.

Beliau juga menegaskan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah suatu pembohongan dan sengaja diadakan bagi memberikan alasan untuk dirinya dipecat. Ini kerana segala dakwaan yang menyatakan beliau pecah amanah dan muflis adalah suatu yang tidak masuk akal kerana kesemua tuduhan itu adalah dusta.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Isa tetap mahukan Azmin segera menjawab kesemua pertuduhan mengenai beliau kepada masyarakat umum bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada PKR dan tidak hanya mengulangi penafian tanpa bukti yang konkrit.

1 komen:

  1. buruk muka dan buruk perangai makcik ni.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger