Saturday, April 28, 2012

MANA ADA ‘DUDUK BANTAH’ SEBALIKNYA ‘BERDIRI BANTAH’




Jika Pakatan Pembangkang mahu perhimpunan BERSIH 3.0 itu diadakan dalam suasana aman dan tenteram ternyata mereka berjaya. Tetapi, jika mereka mahu mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 hanya dengan duduk dan bantah ternyata ia tidak memberi makna. Di Kuching, kebanyakan penyokong Pakatan Pembangkang yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 itu berdiri dan bantah.

Jika semasa ucapan Chong Chien Jen kebanyakannya menggunakan mandarin dingga menyebabkan penyokong PKR dan PAS tidak faham sepatahpun ucapannya. Manakala, bagi penyokong DAP yang kebanyakannya terdiri daripada orang Cina bersorak dan bertepuk tangan. Namun, difahamkan ucapan Chong Chieng Jen itu berkisar kepada memfitnah Najib Razak. Biarpun tidak faham, namun penyokong PKR dan PAS tetap memberikan tepukan gemuruh tanda setuju. Bangang punya penyokong PAS dan PKR yang sanggup melihat pemimpin DAP mencerca pemimpin Melayu yang juga Perdana Menteri Malaysia.


Di sebalik keghairahan Chong Chieng Jen berucap, muncul seorang penyokong PKR yang tangannya patah sebelah melaungkan nama ‘Hidup Anwar Ibrahim’, ‘Hidup Lim Kit Siang’ dan ‘Hidup Abdul Hadi Awang’ sambil terhenjut-henjut seperti beruk. Gelagat penyokong PKR itu segera mendapat sokongan dan tepukan gemuruh penyokong Pakatan Pembangkang yang hadir. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger