Saturday, April 21, 2012

MESYUARAT MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG DIIRAGUI




Meskipun YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang sedia ada masih hidup namun Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang diadakan telah dipengerusikan Mohd Salleh atas kapasitinya sebagai Timbalan YDP. Apakah kewajaran Timbalan YDP mempengerusikan mesyuarat tersebut sedangkan YDP yang sedia ada masih mempunyai kuasa untuk memanggil dan mempengerusikan mesyuarat?

Hanya disebabkan perkataan ‘tersilap’ telah menghalalkan Mohd Salleh untuk mengambil alih dan mempengerusikan mesyuarat biarpun hanya memegang jawatan Timbalan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Rabu lalu, Mansor Othman mengakui Kerajaan Negeri Pulau Pinang melakukan kesilapan apabila memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 22 Disember lalu bagi menggantikan Ellias Zakaria. Berikutan itu, kerajaan negeri memperakukan senarai nama kedua dengan menamakan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP.

Masalah timbul kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan Abdul Malik sebagai YDP MAIPP berdasarkan perakuan pertama oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengemukakan senarai kedua dengan memperakukan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP kerana mahu menunaikan janji kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 2009 yang berjanji melantik Mohd Salleh jika beliau menang.

Kini kerajaan negeri berusaha untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk merayu bagi membolehkan Mohd Salleh menggantikan Abdul Malik.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, mengakui kepemimpinan PAS Pusat tidak senang dengan kemelut yang berlaku dan mahu PKR serta DAP menunaikan janji memberikan jawatan itu kepada PAS.

Dalam menjawab isu ini, Abdul Malik menegaskan PAS berhak membuat kenyataan memintanya mengosongkan jawatan berkenaan. Itu adalah hak dia untuk membuat kenyataan namun sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang dilantik mengikut undang-undang adalah kewajaran untuk dia mempertahankan diri dan menjalankan kewajipan sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. 

1 komen:

  1. lantik saja karpal sing jadi ydp lagi senang ... tentu hal ini tak akan kecoh macam ni, tak pun lantik nga kok min dia pun pandai baca alquran walapun tafsirannya menyeleweng nabi pas kata itu tak apa tak menjadi salah ma ...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger