Friday, April 27, 2012

NAIB PENGERUSI DAP BANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGANJURAN BERSIH 3.0



Demi kepentingan dan perpaduan masyarakat Melayu, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim secara terbuka menyatakan pendiriannya membantah perhimpunan BERSIH 3.0 biarpun ketiga-tiga kompenan Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS menyokong perhimpunan itu. Malah sebelum ini, PAS menerusi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz telah mengeluarkan ‘fatwa’ mengajak semua ahli PAS di seluruh Malaysia berhimpun bagi menyatakan sokongan ke atas BERSIH 3.0.

Jelas Tunku Aziz lagi, tidak semua ahli parti Pakatan Pembangkang bersetuju dengan perhimpunan itu kerana tidak ada jaminan ia akan berakhir dengan aman. Sambil menambah, kejadian tidak diingini pasti akan berlaku kerana setiap ketua parti pembangkang tidak dapat memberi jaminan bahawa ahli dan anak buah mereka tidak akan melakukan kekasaran atau rusuhan.

“Walaupun daripada pembangkang, saya mengisytiharkan saya menentang demonstrasi jalanan berdasarkan prinsip. Kita mungkin sebahagian daripada parti atau pertubuhan tapi itu tidak bermakna kita perlu mengetepikan pendirian kita. Kita semua tidak patut buat begitu. Ada perkara yang kita sokong dan ada perkara yang kita mesti bantah.”

Perhimpunan BERSIH 3.0 dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka tetapi tidak mendapat kelulusan daripada DBKL. Difahamkan polis telahpun mengeluarkan permit perhimpunan bersandarkan akta Perhimpunan Aman 2012.

Biarpun Pakatan Pembangkang berkeras mahu mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0, rakyat dan peniaga di kawasan berdekatan membantah sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan itu yang dikatakan akan merugikan peniaga dan memalukan negara. Kejadian perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lepas masih dirasai dan sehingga kini penganjur masih tidak menjelaskan kerugian yang dialami peniaga disebabkan perbuatan mereka mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0.

Justeru, polis dikerah untuk menghalang perlakuan ini kerana mereka ini telah banyak termakan hasutan Anwar Ibrahim dan Ambiga.

Tunku Aziz percaya perhimpunan tersebut akan berakhir dengan kekasaran. Ini adalah berdasarkan pengalaman pengalaman beliau tinggal di beberapa negara dengan menyaksikan sendiri perhimpunan yang dianjurkan banyak pertubuhan dan menyedari walaupun bermula dengan aman, ia akan berakhir dengan keganasan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger