Monday, April 30, 2012

NIK AZIZ GEMBIRA DAN AKUI BERI DUIT POKET SERTAI BERSIH 3.0



Berbeza dengan amalan Islam yang memperjuangkan keamanan dan kedamaian, PAS kini dilihat telah mengenepikan pegangan akidah dan terkeluar daripada ajaran Islam. Semenjak ‘berkawan’ dengan DAP sebuah parti yang rasis dan sukakan permusuhan telah menyebabkan PAS kini boleh disamakan dengan DAP.

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz ‘gembira’ melihat perbuatan dan tingkahlaku perusuh-perusuh BERSIH 3.0 memusnahkan harta benda awam dan mencederakan polis. Malah kekasaran yang telah dilakukan ‘beruk-beruk’ BERSIH 3.0 telah menyebabkan seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal dan kini sedang dirawat di ICU.

Kegembiraan ini terbukti apabila Nik Aziz mengucapkan tahniah kepada peserta perhimpunan BERSIH 3.0 dan mengaku memberi duit poket kepada ahli-ahli PAS yang menyertai perhimpunan itu semalam. Kehadiran ahli-ahli PAS ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 itu dikatakan ‘dipaksa’. Ada juga di kalangan mereka tidak diberitahu secara khusus sebab kehadiran mereka di Kuala Lumpur.

Menurut Nik Aziz, beliau memberikan duit poket itu atas kapasiti peribadi kepada ahli-ahli PAS di kawasannya yang meminta bantuan kewangan untuk menyertai demonstrasi haram tersebut. Tidak kurang juga ada di kalangan orang PAS takut kepada fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz bahawa sesiapa di kalangan umat Islam tidak menyertai BERSIH 3.0 maka mereka itu tidak akan masuk syurga. Disebabkan ketaksuban itu, mereka ‘terpaksa’ menyertainya biarpun mengakui fatwa itu bertentangan dengan ajaran Islam.


“Apa salahnya bayar minyak dia, dia dah tinggalkan rumah, dia nak pergi, duit tak ada, minta duit minyak Tok Guru, apa susahnya.

“Saya beri duit peribadi, saya beri duit saya, duit poket, dia nak pergi mintalah duit Tok Guru, mana ada duit hendak pergi sendiri ke Kuala Lumpur, kena bayar kereta, hotel dan makan”.

Demi kerakusan politik, PAS dan Nik Aziz sanggup menjual dan menggadai agama. Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan menegskan perhimpunan yang membawa kemusnahan dan kematian adalah haram bagi orang Islam. Biarpun haram, bagi DAP dan PKR ia halal kerana DAP acap kali menghalalkan yang haram dan penyokong PKR berpayungkan Anwar Ibrahim dan S. Ambiga.

2 komen:

  1. Jaga Pak Haji jangan duit yang diberi jadi bahan api neraka yang akan membakar empunyi diri

    ReplyDelete
  2. hulum pergi bersih adalah wajib.. jadi ramailah ahli PAS yang berdosa kerana tak pergi sertai KEWAJIBAN sertai BERSIH.. siapa nak tanggung dosa kamu ?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger