Friday, April 27, 2012

NIZAR JAMALUDDIN PENIPU!!! HARUS DIHUKUM SULA




Inikah pemimpin yang harus dipilih rakyat dalam PRU-13 akan datang??? Lihat dari segi akhlaknya, berceramah dengan mengaibkan pemimpin sesama Islam biarpun belum lagi ada kebenarannya. Dan, membuat kenyataan kepada rakyat dengan hanya bersandarkan ‘dengar daripada sumber yang tidak dapat disahkan kebenarannya’.

Inilah yang berlaku ke atas bekas Menteri Besar Perak selama 6 bulan, Nizar Jamaluddin apabila mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika BN kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Dan, apabila ditanya secara khusus, Nizar hanya menjawab hanya mendengar daripada orang lain dan tidak dapat mengesahkan kebenarannya dan bukti. Ini secara jelas membuat kenyataan tanpa usul periksa dan berniat jahat ke atas Perdana Menteri.

Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib telah mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.

Di pihak kerajaan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan menegaskan ini semua karut dan menipu.

“Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan.

Bagi membersihkan nama ATM dan kerajaan, selaku Panglima Angkatan Tentera akan membuat laporan polis berhubung dakwaan Nizar Jamalluddin yang disifatkan sebagai fitnah.

Sewajarnya itulah yang terbaik bagi ‘mengajar’ pemimpin itu yang secara terang cuba untuk merosakkan imej Perdana Menteri. Sebagai pemimpin Islam yang mewakili PAS, Nizar seharusnya malu. Ini menggambarkan pemimpin PAS penipu dan bapa segala fitnah.

Lebih mengejutkan, Nizar sendiri mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin.

“Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu... jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)... itu terserah,” katanya.

Oleh itu, Nizar disarankan tunggu sahaja kehadiran polis bagi mengambil kenyataannya sebelu didakwa. Perkara ini sangat serius dan polis diseru mempercepatkan siasatan bagi memberikan pengajaran kepada pemimpin Pakatan Pembangkang lain supaya lebih demokrasi dan bertanggungjawab.

1 komen:

  1. pemimpin pas yang banyak berdusta. dah tak boleh dipercayai lagi. tengok muka pun dah kenal, muka temberang.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger