Monday, April 9, 2012

ORANG IBAN TIDAK ‘BODOH’ DAN MASIH INGAT CACIAN PAS



Jika PAS menganggap kenyataan Hadi Awang mmemperlekehkan masyarakat Iban semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Batang Ai sudah tenggelam atau tidak memberi impak dalam politik Sarawak maka tanggapan itu meleset.

Bagi rakyat Sarawak sama ada Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau mahupun Orang Ulu, setiap perkara yang menyakiti mereka akan sentiasa diingati dan diturunkan dari temurun ke temurun. Atas sebab itu juga, BN sentiasa melekat di hati pengundi masyarakat Sarawak kerana jasa dan pengorbanan mereka terhadap nasib rakyat terutama selepas menyertai Malaysia.

Menerusi pegangan bersama BN, rakyat Sarawak kini menikmati arus kehidupan yang lebih baik biarpun terdapat dakwaan fitnah yang disebarkan oleh pihak yang benci melihat keharmonian kaum dan kestabilan ekonomi yang dikecapi rakyat Malaysia atas perjuangan pemimpin-pemimpin BN terdahulu dan sekarang.

Melihat kepada percaturan politik Pakatan Pembangkang terutama PAS dan DAP yang cuba mengetengahkan calon berbangsa Iban di Parlimen Sibuti bagi menentang BN dalam PRU-13 akan datang pastinya akan membawa kepada kehancuran parti itu.


Hanya dengan kenyataan, ‘Pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat’ rakyat Sarawak terutama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing akan ingat sampai bila-bila.

“(Orang) Iban tidak pernah lupa penghinaan presiden PAS (Hadi) itu kepada Iban selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada 2009.

“Pengundi Iban jauh lebih bijak daripada Hadi. Tambahan ideologi PAS tidak akan diterima oleh Dayak.

Kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang itu jika didalami maksudnya membawa maksud Iban ‘bodoh’. Manakala, bagi penyokong-penyokong pembangkang kenyataan Hadi itu bermakna pengundi Iban mudah terpengaruh dengan pengumuman projek segera diumumkan BN sepanjang tempoh berkempen. Walau apa jua tafsiran politik mengenai kenyataan itu, secara jelas Presiden PAS memperlekehkan undi masyarakat Iban dalam menentukan calon dan kerajaan yang akan mewakili mereka dalam konteks politik Sarawak.

2 komen:

  1. pelanduk memang selalu lupakan jerat.sebab tu selalu terjerat,

    ReplyDelete
  2. lai la. kita masuk hutan dalam msa smnggu. siapa yang boleh hidup lama. orang iban or org ckp kosong je hidup.? yang kata pkai cwat xreti undi tu? mampos la lu. turi mu bagek!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger