Tuesday, April 10, 2012

PAKATAN PEMBANGKANG AKAN MUFLISKAN MALAYSIA DALAM TEMPOH 2 TAHUN



Janji-janji Pakatan Pembangkang dalam setiap pilihan raya termasuk dalam PRU-12 tidak pernah ditunaikan. Namun, jika diselidiki dan difahami sekiranya janji-janji ini ditunaikan maka adalah tidak mustahil Malaysia akan jatuh bankrup dan muflis.

Dalam janji-janji terbaru yang dicanang-canangkan Pakatan Pembangkang menerusi siri jelajah terbaru sejak tiga tahun lepas, iaitu selepas PRU 2008, rakyat telah diumpan dengan mahu menghapuskan kutipan tol, gaji minimun RM4,000 sebulan dan memansuhkan PTPTN.

Jika kesemua janji-janji di atas mahu ditunaikan, Pakatan Pembangkang memerlukan RM200 bilion setahun.

Sebagai contoh untuk menghapuskan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN RM43 bilion dan pelaksanaan gaji minimum melibatkan hampir RM60 bilion setahun.

Menyentuh mengenai penghapusan PTPTN, janji itu hanya bersifat manis di bibir sahaja dan bertujuan menarik sokongan pengundi muda. Jika ditunaikan maka kerajaan akan kerugian sebanyak RM43 bilion setahun.

Sebaliknya, jika wang itu diperolehi ianya boleh dibelanjakan bagi meningkatkan prasarana lain seperti taraf kesihatan rakyat, pendidikan dan sebagainya.

Dalam mengembangkan lagi tahap pendidikan tinggi di Malaysia, setiap pelajar hanya menanggung sejumlah 30 peratus daripada kos keseluruhan pengajian berbanding 70 peratus lagi ditanggung kerajaan. Jumlah ini sangat tidak diketahui rakyat dan pelajar sebaliknya mereka hanya disogokkan dengan perkara yang dirasakan merugikan mereka seperti pembayaran balik PTPTN.

Adat budaya orang meminjam, pandai meminjam pandailah membayar. Jangan kerana menyokong Pakatan Pembangkang serta tidak mahu membayar hutang maka negara terabai kerana termakan hasutan. 

1 komen:

  1. Orang Sarawak memang bodo2 dan dungu2 belaka.......

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger