Tuesday, April 10, 2012

PAKATAN PEMBANGKANG CUBA SPIN ISU KENAIKAN HARGA MINYAK RON 97


Kenyataan dan persoalan Pakatan Pembangkang bahawa Malaysia sebagai pengeluar minyak tetapi harga minyak mahal? Dalam mengambil kira sebagai negara pengeluar, Brazil sebagai negara pengeluar minyak ke-13 dunia dan menetapkan harga minyak pada paras RM4.57 seliter tanpa subsidi. Sebagai perbandingan, Malaysia sebagai pengeluar minyak pada ranking ke-27 dunia menjual minyak RON95 pada harga RM1.90 seliter dengan subsidi kerajaan sebanyak RM1.51 selitter. Begitu juga minyak diesel yang dijual pada harga RM1.80 seliter dengan subsidi kerajaan sebanyak RM1.51. Manakala, minyak RON97 harganya diapungkan mengikut harga pasaran tetapi masih dijual dengan harga rendah pada paras RM2.90 seliter.

Bercakap mengenai subsidi, Malaysia mencatat jumlah subsidi yang tertinggi iaitu sebanyak 2.4 peratus dari KDNK. Manakala, Brunei pula sebanyak 2.2 peratus sahaja dari KDNK. Sebagai rekod, KDNK Malaysia adalah sebanyak RM682.66 bilion manakala Brunei jauh lebih kecil sebanyak RM36.88 bilion.

Bagi negara-negara Arab yang kebanyakan mereka merupakan anggota OPEC (negara pengeluar minyak) mempunyai harga petrol termurah kerana kadar pengeluaran petrol mereka melebihi kadar permintaan. Ini perbeza dengan Malaysia kerana permintaan di Malaysia melebihi kadar pengeluaran. Malah, Malaysia tidak layak untuk menganggotai OPEC.

Justeru, ingatlah Pakatan Pembangkang bahawa tidak semudah itu untuk menipu rakyat. Jika Pakatan Pembangkang bijak maka rakyat kini lagi lebih bijak. Cubaan untuk memutarbelitkan fakta tidak lagi memihak kepada Pakatan Pembangkang kerana rakyat kini sudah pandai menilai yang mana kaca dan mana berlian. 

1 komen:

  1. Renungan...Banyak umat manusia dilimpah kurnia dan rezeki dari Allah tapi amat sedikit yang bersyukur....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger