Friday, April 13, 2012

PAS TANDING 8 KERUSI PKR PULA TANDING 10 KERUSI PARLIMEN DI SARAWAK



Jika sebelum ini Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah menyatakan parti di bawah naungannya itu akan bertanding di 10 kerusi Parlimen, PAS pula tidak mahu mengalah dengan akan bertanding di 8 kerusi Parlimen.

Lapan kerusi yang akan ditandingi PAS ialah Sibuti, Igan, Tanjung Manis, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Kanowit dan Limbang.

Melihat kepada Parlimen yang akan ditandingi PAS, Sibuti, Kanowit dan Limbang menjadi pertelingkahan PAS dan PKR yang sehingga kini masih belum selesai dan kata putus. Manakala, Parlimen Kota Samarahan menjadi rebutan tiga penjuru antara PAS, PKR dan DAP.

Menurut Ketua Penerangan PAS Sarawak, Mohd Azwani Abdul Rani, PAS dan komponen Pakatan Pembangkang seperti PKR dan DAP tidak akan membiarkan BN menang tanpa bertanding seperti PRU 2008 lepas biarpun terpaksa mengimport calon dari luar.

Difahamkan Pakatan Pembangkang akan mempergunakan pertubuhan bukan kerajaan, termasuk Sarawak Workers Party, untuk meraih sokongan rakyat. Pakatan Pembangkang mengetahui bahawa mereka sendiri tidak mampu untuk bergerak dan menghadapi BN yang ketika ini teguh menerima sokongan daripada rakyat Sarawak.

Ditanya mengenai isu yang akan dibawa PAS dalam PRU-13 nanti, PAS mengakui tiada apa-apa isu besar yang boleh menggugat kewibawaan BN terutama dalam pembangunan. PAS dan Pakatan Pembangkang mengakui pembangunan yang dibawa BN di Sarawak sememangnya menyentuh hati rakyat dan membawa kepada kesejahteraan kehidupan mereka.

Walaupun tiada isu, PAS akan mempergunakan isu-isu yang kecil asalkan mampu mendapat sokongan. PAS juga mengakui bukan mudah untuk menawan hati pengundi Sarawak yang selama ini telah diperintah dengan jayanya oleh BN. 

1 komen:

  1. betulkah 8 parlimen...mampukah pas...hu ha hu...

    zam-mukah

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger