Monday, April 2, 2012

PAS TERDESAK LETAK CALON BERBANGSA IBAN DI PARLIMEN SIBUTI



PAS Sarawak mengambil keputusan yang berat dan di luar jangkaan ramai penganalisis politik apabila bertindak menyenaraikan seorang calon berbangsa Iban. Keputusan itu telah disahkan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo dalam satu kenyataan selepas menyampaikan kertas kerja Jentera Pilihan Raya P.218 Sibuti kepada Mohd Sany.

Menurut Mohammad Arifiriazul Paijo, Pakatan Rakyat atau lebih jelas lagi Pakatan Pembangkang telah sebulat suara meletakkan calon PAS untuk bertanding di Parlimen P.218 Sibuti.

Komitmen PAS itu telah diterjemahkan dengan pelbagai aktiviti dan program yang diadakan bagi menarik sokongan rakyat di Parlimen P.218 Sibuti. Sibuti merupakan kubu kuat BN yang selama ini telah berjaya membangunkan kawasan Sibuti yang didiami pelbagai etnik termasuk Melayu, Iban, Kedayan, Cina dan Orang Ulu.

Menyentuh mengenai peluang PAS di Parlimen Sibuti, Mohammad Arifiriazul Paijo menjelaskan PAS terdesak untuk meletakkan calonnya di situ memandangkan hanya Sibuti sahaja yang mempunyai majoriti penduduk Melayu dan Islam berbanding kawasan lain di Miri.


Atas desakan itu, PAS tiada cara lain melainkan meletakkan calon berbangsa Iban di Parlimen Sibuti bagi tujuan meraih dan mendapatkan sokongan pengundi kaum Iban. Bagaimanapun, bukan semudah itu PAS dapat mengaburi pengundi Iban kerana BN selama ini telah berjaya menangani situasi dan kehendak pengundi di Sibuti.

Kehadiran PAS di Sibuti hanya bersifat pengacau politik apabila datang ketika hendak pilihan raya. Ini terbukti apabila selepas kemenangan BN pada PRU-12 lepas, langsung tiada mana-mana calon Pakatan Pembangkang yang menampakkan diri. Dan, apabila menjelang PRU-13 akan datang ini, PAS mula datang dan menabur fitnah kononnya BN tidak membangunkan kawasan Sibuti.

Menurut Mohammad Arifiriazul Paijo, PAS mendapat sokongan penuh daripada pengundi berbangsa Cina dan kini cuba untuk mendapat simpati daripada penduduk berbangsa Iban. Manakala, PAS mengakui pengundi Melayu dan Iban masih memihak kepada BN.

PAS terdesak untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU-13 di Sarawak kerana pada PRN Sarawak ke-10 lepas, PAS yang bertanding di 5 kawasan DUN mengalami kekalahan teruk dengan kalah kesemuanya. Bagi melihat PAS masih relevan di Sarawak dan ‘penting’ dalam Pakatan Pembangkang, PAS sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa menelan pahit apabila ‘menelan ludah’ Presiden PAS Hadi Awang yang sebelum ini mencerca kaum Iban.

1 komen:

  1. ALHAMDUDILLAH ..... MASUK SYURGA BILA MEREKA MENGUNDI PAS DI PARLIMEN SIBUTI NANTI... ITU JANJI TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT, S.A.W. YANG ISLAM TAK USAH SEMBAHYANG, YANG KRISTIAN TAK USAH MASUK GEREJA, YANG BUDHA TAK USAH MASUK KUIL.... SEMUA SUDAH GERENTI MASUK SYURGA..... UNDI PAS MASUK SYURGA....!!!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger