Saturday, April 28, 2012

PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 DI KUCHING LANGGAR AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012


Bermula jam 12 tengahari, Pakatan Pembangkang Sarawak yang dianggotai PKR, DAP dan PAS telah mula membanjiri perkarangan Mahkamah Lama Kuching. Berbeza di Semenanjung, perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuching bermula lewat kerana kebanyakan rakyat Sarawak berpusu-pusu membanjiri Jelajah Janji Ditepati yang diadakan di perkarangan Wisma Bapa Malaysia.

Pada pagi tadi suasana di perkarangan Mahkamah Lama Kuching sunyi tetapi mula dibanjiri penyokong dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang Sarawak. Sementara menunggu jam 2.00 petang, kumpulan PKR yang diketuai See Chee How berada di Mahkamah Lama sambil mengagihkan belon berwarna kuning untuk diagihkan kepada kanak-kanak.



Pada jam 1.15 petang, rombongan PAS yang diketuai Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid telah sampai dengan hanya memakai baju biasa. Sebaik sampai, rombongan PAS itu telah menukar baju dengan memakai baju BERSIH 3.0 berwarna kuning. Menurut penyokong PKR, mereka dipaksa membeli baju BERSIH 3.0 itu dengan harga RM15.00 sehelai. Wang hasil jualan baju itu akan digunakan untuk aktiviti Pakatan Pembangkang pada masa akan datang.

Tepat jam 2.00 petang, rombongan DAP Sarawak yang diketuai Chong Chieng Jen berarak dalam kumpulan yang besar dengan menggunakan jalan waterfront bermula di hadapan Hilton. Pada waktu tersebut, Perdana Menteri sedang mengadakan Konvensyen Media Sosial Sarawak di dalam hotel yang sama.



Menurut polis, pihaknya hanya membenarkan permit perhimpunan tanpa sebarang ceramah. Bagaimanapun, Pakatan Pembangkang menggunakan kesempatan tersebut dengan menyampaikan ceramah politik dengan mengutuk kerajaan dan pemimpin negara. Ini boleh disabitkan melanggar permit dan boleh ditangkap. Begitupun, polis hanya memerhatikan gelagat pemimpin Pakatan Pembangkang memberi ucapan biarpun berhak menghalang dan menangkap mereka yang melanggar akta Perhimpunan Aman 2012.

Penganjur menyasarkan sejumlah 5,000 peserta yang akan hadir dalam perhimpunan BERSIH 3.0 itu di Kuching, tetapi ianya tidak tercapai. Dianggarkan hanya lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Pembangkang yang dengan kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Cina yang taksub dengan DAP. Manakala, penyokong PKR kebanyakannya terdiri daripada perempuan. 



Perhimpunan haram itu telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sepanjang 5 kilometer dan membuatkan orang ramai marah. Ketiadaan pihak polis dalam menghalang lalu lintas mengakibatkan kesesakan jalan raya semakin parah. Ramai pengguna jalan raya melahirkan rasa marah ke atas Pakatan Pembangkang. 

6 komen:

  1. Alamak....tuan punya blog nie xtau apa2 la....itulah kalo tulis artikel xtau apa-apa umpama belajar untuk dapatkan ilmu tapi xguna ilmu dengan baik....

    ReplyDelete
  2. Bila sudah dipengaruhi Anwar Ibrahim dan termakan dengan janji-janji DAP dan keluar dari landasan seperti PAS, itulah Pakatan Pembangkang... Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan aman hanyalah janji kosong sebaliknya mempunyai niat untuk menghancurkan negara...

    ReplyDelete
  3. Bila sudah dipengaruhi Anwar Ibrahim dan termakan dengan janji-janji DAP dan keluar dari landasan seperti PAS, itulah Pakatan Pembangkang... Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan aman hanyalah janji kosong sebaliknya mempunyai niat untuk menghancurkan negara...

    ReplyDelete
  4. kmk urg serawak,tp diam Kl sbb keja. Urg swak sikboh lah nk ngikot benda x befaedah mcm tok.xboh jd bodo ikot kata urg malaya ( sik kesah melayu,tambi,cina ka) yg nk nguasa negeri kita yg tercinta. Diam di ctok(kl) byk mengajar & menyedar kn kmk byk benda. Si Anwar ya pahal tiba2 nk hegeh2 dgn swak..?coba ktk urg pk?sbb nya dah xdpt nk membodo urg melaya di ctok, coba ktk urg ingat blt,dolok masa anwar msh dlm umno,,msh jd menteri,,ada nya duli dgn swak?ehh, sik di heran& sik di umpama nya kita oiiii. Gelik,jijik nya dgn kta,,pandang rendah dgn urg swak mcm typical urg semenanjung slalu mandah rendah urg swak. Kmk knak anok kwn sekerja kmk sbb x nyokong malah bantah bersih(bersih ka?) sebagai urg yg cuak& sikmaok berubah!!!!mcm sial statement ya. Kmk jwb,urg swak sik engkah maruah kat tapak kaki or kat burit,tp kat utak. Mun bnr kmk urg swak nak kan perubahan,,kmk urg swak x perlu kn pertolongan urg LUAR bah, sbb by nature urg swak x suka dijajah urg luar. Dari segi sejarah,swak ne maok merge dgn tanah melayu & singapore, tp cdak yg hegeh2&desperate! Kita urg swak mesti bersatu x kira bangsa & agama,jgn biarkan pemikiran kita di pengaruhi oleh urg malaya,kta ngerepak nuduh taib rampas tanah &kekayaan negeri swak. Tp kita x sdar,mun kita nyokong anwar dan sekutu nya,umpama kita bukak rekah/jln utk cdak nguasa tempat kita. Cukup2 lah dgn cdak lepeh dr batu7 /kat kem2 askar molah taik kat swak,mun anwar pun diberik peluang...Nauzubillahhiminzalik..

    ReplyDelete
  5. All are self interest... Urg swak mostly bijak dan pandai menilai.sbb itulah bersih(yg x bersih) di boikot. Bersih syok sendiri kat waterfront kch,hahaha. Wahai org swak,jgn jadi barua si anwar. Anwar ya kaki pembulak. Dajjal! Berambus kau dari swak. U r not wellcome, it is not easy to influence swakian!

    ReplyDelete
  6. pandai gilak ko bercakap......Brapa bnyak parti dayak kat SARAWAK tok hah???? diorang cakap Iban dh bersatu tapi sebalik nya berlainan parti...?? hakkk...tuiihhhhhh!!!!Brapa banyak agik tanah di Sarawak perlu dikuasai BN.....?? Brapa banyak agik tong minyak di pelantar minyak sarawak yg ada dalam masa 20 Tahun..??? ku mok nanyak kitak?? Siapa paling kaya di Malaysia? Semananjung or Sarawak? pas ya, kenak bnyak glak ORANG SARAWAK BEKERJA DI SEMANANJUNG? APA!!x cukup makan kah atau gaji kecik gilak di Sarawak?? ada 2 pekara agik......pekara pertama, selama tok lepas pilihan raya di sarawak yg lalu kenak PM jarang pergi ke sarawak, tup..tup...mok dekat pilihan raya ke 13, PM ya pun mok datang ke SArawak?
    Pekara Kedua, aku tok orang kapit...memang dilahirkan dikapit....28 tahun ku diam di kapit, knak belum ada jalan cantik mcam KL ohh? masih juak kmek mkei speed boat, express boat....x payah di renungkan, 1st thing....u x pernah fikirkan orang yg x berupaya untuk sara hidup....bnyak comments ctok adalah pekerja Kerajaan......APA yg penting. Undi ditangan anda, jangan sampai orang memijak kepala kita.......

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger