Saturday, April 21, 2012

TAKUT TIDAK RAMAI PESERTA PENGANJUR BERSIH 3.0 DI SARAWAK BAGI GULA-GULA



Penganjuran Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 yang dijadualkan pada 28 April 2012 adalah bertujuan menimbulkan kekecohan, kesesakan lalu lintas dan ucapan-ucapan antikerajaan dengan niat untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan memerintah ketika ini.

Bagi menampakkan sokongan kepada usaha mereka, Pakatan Pembangkang telah memperalatkan beberapa NGO’s sebagai barisan hadapan semasa perhimpunan haram ini.

Jika sebelum ini banyak perhimpunan termasuk BERSIH 2.0 yang dianjurkan Pakatan Pembangkang tidak mendapat sambutan orang ramai biarpun sasaran mereka sangat tidak realistik, namun kali ini Pakatan Pembangkang belajar dari pengalaman dengan memberi gula-gula politik seperti memberikan cenderamata kepada 100 peserta pertama yang memakai baju kuning dan penganjuran beberapa aktiviti sukan. Tidak ketinggalan peserta yang hadir akan diberikan belon, ais krim dan beberapa barangan percuma lain.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching Superintenden Pauzi Bujang sehingga kini pihaknya tidak ada menerima sebarang maklumat penganjuran perhimpunan itu.

1 komen:

  1. Setakat ini, rakyat Sarawak dan Sabah jauh lebih bijak dan rasional dari para pemimpin/penyokong pembangkang di semenanjung. Mereka tidak terikut-ikut dengan kebodohan pembangkang seperti terpekik terlolong di jalanraya, baring berguling atas jalanraya. Kebodohan pembangkang bertambah nyata apabila mereka kononnya "bersembahyang" diatas jalanraya, tempat pejalan kaki, yang diketahui sememang kotor, budak kecil pun tak mahu buka kasut disitu. Ketika itu jugalah timbulnya riak iaitu syirik kecil. Sebab itulah apa sahaja yang dibuat pembangkang, tidak berkat malah selalu ditimpa musibah, akibat suka mempermain-mainkan ibadah. Maka tunggulah masa kejatuhan dengan kehinaan yang besar kerana menghina agama dengan mengatakan "tiada disebut dalam al-Quran mengenai negara Islam" sedangkan Al-Quran telah pun lengkap. Betapa hinanya orang Islam demi menurut kafir harbi, sanggup menghujahkan Kitab Allah masih belum lengkap sedangkan tiada Nabi lagi selepas Nabi Muhammad SAW. Dari mana PAS akan ambil panduan selepas ini untuk menubuhkan negara Islam??? Tentu sekali PAS akan ambil fatwa dari lim guan eng dan karpal pusingh.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger