Sunday, April 8, 2012

TERIMA KASIH PM: BR1M TELAH TEMUKAN SAYA DENGAN IBU KANDUNG



Usaha kerajaan BN di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan meringankan sedikit bebanan rakyat dalam kehidupan seharian juga dalam masa yang sama ‘mempertemukan’ dua beranak yang telah lama terpisah.

Norhidayah Awang, 27, dari Kuala Krau telah berjaya menemui ibunya menerusi BR1M berkesempatan berjumpa dengan Najib Razak kira-kira 21 tahun bagi mengucapkan jutaan terima kasih. Ini kerana BR1M telah berjaya mempertemukannya dengan ibunya Khatijah Jaafar, 49.

Sejak terpisah selama 21 tahun, Norhidayah Awang dan ibunya, Khatijah Jaafar tidak pernah bertemu. Hanya ketika mengambil BR1M tempoh hari mereka berkesempatan bertemu secara tidak langsung dan menjadi sejarah dalam kehidupan dua beranak itu.

Kesudian Najib Razak berjumpa dengan kedua-dua beranak itu menggambarkan keprihatinan beliau terhadap nilai kemanusian walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Biarpun hanya mahu mengucapkan terima kasih, Najib menganggap pemberian BR1M itu sebagai suatu hikmah buat kedua-dua beranak.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger