Wednesday, May 2, 2012

99.9% PELAKON DALAM VIDEO ITU AZMIN ALI



Video terbaru Azmin Ali telah mengundang kemarahan adiknya, Umi Hafilda tatkala kepercayaan beliau bahawa pelakon dalam video seks terbaru keluaran PKR adalah abangnya Azmin Ali dengan kepercayaan 99.99 peratus.

Penafian Azmin Ali menerusi media masih tidak cukup dan menjejaskan kepercayaan dirinya bahawa pelakon itu adalah abangnya bersandarkan kepada bentuk fizikal dan tabiat abangnya berpakaian.

"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia."


Jika benar itu bukan Azmin Ali, beliau hendaklah membuat laporan polis atau membuat sumpah laknat. Jika kedua-dua itu tidak dilakukan maka kepercayaan rakyat bahawa itu adalah Azmin Ali lebih kuat.

Justeru, Azmin Ali diberi peluang untuk membersihkan namanya, jika tidak beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya. Dan, jika benar Azmin Ali berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Azmin Ali telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.


2 komen:

  1. Ummi Hafilda Yakin 99.9 Peratus Imej Lelaki Skandal Seks Adalah Azmin Ali
    GEORGE TOWN, 2 Mei (Bernama) -- Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.

    Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.

    "Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini.

    Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

    Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

    Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

    -- BERNAMA

    ReplyDelete
  2. siapa yang tak percaya tu azmin, memanglah orang tu buta dan tuli . macam pernah dengar je ayat tu haha

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger