Monday, May 21, 2012

ABDUL HADI AWANG DAN NIK AZIZ TIDAK SEHALUAN DALAM BERMUZAKARAH DENGAN UMNO




#Srwkamek Jika Nik Aziz secara terang menyatakan PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO sebelum PRU-13 dengan mengenakan dua syarat, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan UMNO sebagaimana dilaporkan oleh media sebelum ini, sebaliknya sedia berbincang dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kenyataan Abdul Hadi Awang ini jauh menyimpang apa yang diperkatakan Nik Aziz sebelum ini. Malah kenyataan Hadi Awang ini telah menyalahkan media dan wartawan kerana kekeliruan dalam menyiarkan laporan berita.

Media telah salah petik kenyataannya awal minggu lalu, Presiden PAS berkata, pihaknya hanya berhasrat untuk mengadakan muzakarah dengan NGO yang keliru dengan dasar perjuangan parti itu.

Apakah media tersalah dengar atau wartawan tersalah menulis dalam kenyataan kesediaan Nik Aziz bermuzajarah dengan UMNO?

Dalam sidang media terbaru ini, Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan UMNO biarpun diajak UMNO.

Tegas Abdul Hadi Awang, isu muzakarah merupakan isu lapuk yang ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

"Isu muzakarah sudah lama dan acapkali dibentangkan kepada UMNO dan UMNO jadikan isu politik.

Kenyataan Abdul Hadi Awang sangat bertentangan dengan kenyataan Nik Aziz sebelum ini bahawa PAS bersedia bermuzakarah dengan UMNO. Ini berikutan cadangan PAS untuk mewujudkan hukum hudud dan membentuk negara Islam telah ditolak mentah-mentah oleh DAP.

1 komen:

  1. ... Dulu Hadi Awang setuju tapi Nik Aziz tak setuju. Sekarang Nik Aziz setuju Hadi Awang pula tak setuju. Apalah nak jadi dengan kepala kepala PAS ini?. Bila kepalanya tak betul, ekornya lintang pukang. Lama lama semuanya masuk longkang...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger