Saturday, May 5, 2012

ANWAR IBRAHIM MIRIP BEKAS PRESIDEN MESIR, HOSNI MUBARAK



Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan Najib Razak yang menggambarkan tindakan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 cuba menggulingkan kerajaan sama seperti bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak adalah tanggapan Saifuddin sahaja.

Manakala, bagi kebanyakan rakyat Malaysia melihat tindakan penyokong-penyokong BERSIH 3.0 dan pemimpin Pakatan Pembangkang yang ‘menyerang’ Dataran Merdeka adalah cubaan untuk mengguling kerajaan yang sedia ada yang dipilih rakyat.


Mengimbas kembali perhimpunan BERSIH 3.0 itu, Anwar Ibrahim yang sepatutnya dilabelkan sebagai Hosni Mubarak dalam konteks Malaysia. Selain memberikan arahan untuk menyerang dan merempuh sekatan polis, Anwar Ibrahim juga merupakan dalang utama bersama dengan S. Ambiga.

Sebelum ini, Najib Razak menegaskan Perhimpunan BERSIH 3.0 yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi di mana tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir."

Apakah Pakatan Pembangkang takut akan kuasa rakyat dalam PRU-13 akan datang? Melihat kepada reputasi dan imej pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini telah jatuh merudum akibat skandal seks dan kepincangan dalam pentadbiran.

Jika dahulu Pakatan Pembangkang boleh mengeluarkan apa saja kenyataan dan memperbodohkan rakyat, tetapi kini tidak lagi. Rakyat sekarang bijak biarpun Pakatan Pembangkang sering menggunakan nama ‘rakyat’ bagi mendapatkan sokongan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger