Tuesday, May 22, 2012

DAP DAN PKR BEREBUT TANDINGI PARLIMEN P.192 MAS GADING




#Srwkamek Kehadiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ke Sarawak bersempena lawatan 48 jam pada hujung minggu lepas telah menarik beberapa perhatian.

Kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak ini adalah yang kedua kalinya dalam tempoh kurang sebulan. Lawatan 48 jam ke Sarawak ini bertujuan untuk menyampaikan ceramah mengenai BERSIH dan apa yang berlaku di Semenanjung mengikut persepsi Pakatan Pembangkang.

Di sepanjang ceramah Anwar Ibrahim, Pakatan Pembangkang memandang serius dalam PRU-13 akan datang dengan cubaan mahu menawan beberapa kerusi Parlimen. Untuk itu, BN Sarawak kali ini tidak akan diberi kemenangan percuma dengan komponen Pakatan Pembangkang akan meletakkan setiap calonnnya di 31 kerusi di Sarawak.

Atas sebab itu, Anwar Ibrahim sanggup datang ke Sarawak untuk kali kedua dalam tempoh kurang sebulan demi memastikan Pakatan Pembangkang mempunyai peluang untuk menang dalam PRU-13.

Bagaimanapun, kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak pada minggu lepas telah mengundang pelbagai kontroversi apabila mengadakan menghadiri makan malam Pra Gawai di Dewan Kelab Sukan dan Rekreasi Singai di Kampung Sudoh, Singai.

Pada malam itu, Anwar Ibrahim mengumumkan PKR akan meletakkan calonnya bagi menghadapi BN-SPDP. Calon disebut-sebut, Boniface Willy Tumek, seorang bekas pegawai bank. Perkara ini telah disahkan sendiri Anwar Ibrahim sekalu Ketua Umum PKR.

Terdahulu, DAP juga sebelum ini telah mengumumkan calonnya, Mordi Bimol yang akan bertanding di Parlimen Mas Gading. Pengumuman Anwar Ibrahim itu telah meningkatkan ketegangan di kalangan pemimpin DAP.

Seperti PRN Sarawak Ke-10, Pakatan Pembangkang kini dalam dilema khususnya mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRU-13 akan datang. Jika sebelum ini PKR telah bertikam lidah dengan SNAP pada PRN Sarawak Ke-10, tetapi kali ini PRU-13, PKR akan bertikam lidah dengan DAP juga dalam soal pembahagian kerusi.

Pertikaian kerusi Parlimen di Sarawak antara PKR dan DAP bukanlah perkara baru dan kerusi Parlimen Mas Gading bukanlah yang pertama, tetapi ada beberapa kerusi Parlimen yang menjadi pertikaian kedua-dua kompenan Pakatan Pembangkang. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger