Sunday, May 6, 2012

FAM – RAKYAT SARAWAK MAHUKAN KEADILAN



Kami rakyat Sarawak komited dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tindak-tanduk FAM menghancurkan semuanya.

Apakah kewajaran FAM mengenakan denda RM8,000 dan menggantungkan Timbalan Presiden FAS, Mohd. Abu Bakar Marzuki selama lapan bulan atas kesalahan memberikan komen kepada media? Ini seumpama penggantungan terhadap bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Anuar Musa tempoh hari yang menyaksikan ketidakpuashati penyokong Kelantan.

FAM tidak mengambil teladan di atas tindak-tanduknya yang gemar meletakkan kesalahan di tangan orang lain dan menghukum sesuka hati. Inilah kegemaran FAM.

Presiden FAM tidak perlu mengajar rakyat Sarawak tentang undang-undang FAM. Seharusnya FAM perlu melihat undang-undang FAM yang kelihatan membebankan dan menyekat perkembangan bola sepak negara. Jika ini tidak dilihat secara mendalam sampai bila pun bola sepak Malaysia hanya berjaya di rantau Asia Tenggara sahaja.

"Baca perundangan FAM, kita ada undang-undang dan jangan dengan sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang akhirnya akan memberi kesan kepada diri atau pasukan bola sepak kita sendiri".

Apakah orang-orang FAM tidak boleh ditegur? Jika tidak, manakan Presiden FAM menggertak apabila rakyat Sarawak menggesa FAS menarik diri daripada Liga Super Malaysia. FAS telah didenda sebanyak RM80,000 dan Sarawak bermain di stadium kosong tanpa penonton sebanyak 4 perlawanan.

Adalah lebih baik sekiranya FAS mengambil keputusan keluar FAM dan seterusnya keluar daripada Liga Super disebabkan ketidakadilan FAM dalam menangani isu penggantungan dan denda ke atas FAS.

Sejarah sebelum ini memperlihatkan banyak kelab bola sepak di Malaysia mengundur diri daripada terlibat dalam Liga Malaysia ekoran kecewa dengan sikap FAM. Nak kata membantu pasukan atau persatuan? Sama sekali TIDAK. Yang mereka tahu jatuhkan hukuman.

Andaian Sultan Ahmad Shah bahawa tidak semua penyokong bola sepak Sarawak bersetuju dengan keputusan FAS menarik diri daripada FAM adalah SALAH. Ini bukan kali pertama bahkan Presiden FAM itu sendiri mengetahui bagaimana layanan FAM ke atas FAS pada penghujung tahun 1980an ketika era Ngap Sayot.

Tindakan FAM yang mahu mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada Ketua Menteri Sarawak berhubung perkara itu adalah langkah terkebelakang. Berteraskan ‘Rakyat Didahulukan’, FAM sewajarnya mengambil pandangan rakyat. Malah pemimpin negeri akan menyokong tindakan penyokong pasukan Sarawak yang mahukan keadilan. 


1 komen:

  1. Tahniah Jurulatih Trengganu. Anda bermoral. Trengganu kalah, anda di rehatkan secara terhormat.Jurulatih Barcelona juga bermoral tinggi. Cuma ada beberapa kerat parasit, syok sendiri !! Lagi kalah lagi pegang jawatan. Ranking merudum pun tak kisah. Tak ada hala tuju ...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger