Friday, May 4, 2012

LAGI BEBERAPA VIDEO SEKS PEMIMPIN KANAN PKR, PAS DAN DAP AKAN DIDEDAHKAN



Benar kata-kata syaitan bahawa wanita adalah senjata ampuh kepada pemimpin lelaki. Dan ini terbukti apabila sejak pendedahan video seks Anwar Ibrahim dan terbaru Azmin  Ali bersama wanita yang dipercayai pelacur kini telah didedahkan kepada umum. Manakala, pembabitan beberapa pemimpin PAS termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang telah ditangkap berkhalwat suatu ketika dahulu di sebuah hotel di Kelantan.


Manakala, sesi kaunseling yang dibuat Dr Badrulamin, anggota PKR Selangor menampakkan kelemahan utama pemimpin Pakatan Pembangkang adalah wanita. Oleh itu, kepada wanita-wanita PKR, DAP dan PAS berhati-hatilah kepada pemimpin lelaki Pakatan Pembangkang yang nampaknya kini rakus mendapatkan kepuasan seks.


Pendedahan demi pendedahan akan terus dibongkar bagi memberitahu kepada rakyat bagaimana sikap pemimpin pilihan mereka yang alim di luar tetapi bernafsukan syaitan di dalamnya. Benar kata pepatah Melayu, paku dulung paku serpih, mengata orang dialah yang lebih.

Jika sebelum sebelum ini kepimpinan PKR seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lantang mengaitkan Najib Razak terlibat dalam skandal Altantuya dan beberapa lagi isu yang sengaja direka-reka Pakatan Pembangkang. Begitupun Najib Razak tidak cepat melatah dan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam membersihkan diri dan namanya dengan melakukan sumpah laknat. Keberanian dan kesanggupan Najib Razak menandakan situasinya berpihak kepada kebenaran.


Bagaimanapun, Anwar Ibrahim yang sebelum ini sering menyatakan dirinya dianiaya dan difitnah dalam kes liwat dan video seks sehingga kini TIDAK pernah melakukan sumpah laknat bagi membersihkan dirinya. Bahkan membuat laporan polis jauh sekali. Inilah yang menyebabkan rakyat Malaysia berasakan Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertindak sebagai pelaku dalam setiap dakwaan dan pertuduhan.

Pendedahan gambar Azmin Ali yang melakukan seks oral dengan seorang wanita yang diambil menerusi video cctv di sebuah pangsapuri dan didedahkan kepada media oleh beberapa blog yang memperjuangkan kebenaran sangat tidak mengejutkan. Inilah perbuatan sebenar pemimpin Pakatan Pembangkang. Namun, diakui rakyat Malaysia yang selama ini menganggap Azmin Ali bersih kini terpaksa memikirkan banyak kali.

Tidak cukup dengan itu, akan ada 4 lagi skandal seks yang membabitkan pemimpin Pakatan Pembangkang yang membabitkan PKR, PAS dan DAP akan didedahkan dalam masa terdekat khususnya menjelang PRU-13. Ini didedahkan oleh blog http://www.suarapakatanrakyat.com dengan melaporkan bahawa kegemparan yang ditimbulkan lanjutan daripada pendedahan gambar aksi seks dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang pemimpin kanan PKR kelmarin, akan berterusan. Sambil mendedahkan ianya akan melibatkan pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain pula.

Lebih mengejutkan pemimpin Pakatan Pembangkang kelak, ianya hanya menunggu masa untuk didedahkan oleh pihak tertentu, Setakat dimaklumkan pendedahan ini akan datang dalam pelbagai cara, ada dalam bentuk video, gambar serta keterangan saksi tertentu.

Bagi bloggers, penjelasan dan alasan mudah yang akan diberikan pemimpin Pakatan Pembangkang yang terlibat iaitu semua adalah fitnah dan konspirasi UMNO. Alasan ini sudah lapuk dan rakyat kini sudah tidak lagi termakan dengan talam bermuka-muka pemimpin Pakatan Pembangkang. Sambil menegaskan, segala bukti itu sudah terang dan jelas.

Difahamkan sehingga kini belum ada teknologi yang boleh menukar wajah individu asal kepada individu lain di dalam rakaman video. 


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger