Monday, May 7, 2012

LGBT DAN BERSIH 3.0 ITU HARAM – MAJLIS FATWA KEBANGSAAN




Biarpun terlewat kerana nasi sudah menjadi bubur namun ia masih diselamatkan. Setelah berlangsungnya BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 dan dijangkakan akan diadakan BERSIH 4.0, pengharaman bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Ini telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah Ke-99 semalam.  

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan penglibatan umat Islam dalam gejala lesbian, gay, biseksual, transgender dan transeksual (LGBT) juga adalah haram.

Dalam perbincangan tersebut, ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam BERSIH 3.0 yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau.

Mereka yang terbabit dalam demonstrasi sedemikian, khususnya umat Islam, perlu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu bercanggah dengan ajaran Islam. dan, mengarahkan agar umat Islam yang terlanjur itu segera insaf dan kembali ke pangkal jalan.

“Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak secara tidak hak dengan mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara demi hanya untuk mencapai sesuatu agenda.

“Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam dan menderhaka kepada Ulil Amri.

“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah. 

“Lebih-lebih lagi, jika terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintahan (kerajaan) yang sahih dan sah, adalah ditegah sama sekali oleh Islam ter-utama pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

Tegas ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Islam membenarkan kita mencari keadilan, tetapi dalam mencari keadilan itu perlu menerusi adab dan cara yang betul.”

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga membincangkan LGBT dengan mengambil ketetapan mengharamkan umat Islam menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang yang hebat dipromosi beberapa pihak di negara ini.

Sehubungan itu, muzakarah juga menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti LGBT dan umat Islam dinasihatkan supaya kembali kepada ajaran Islam.

“Isu LGBT jelas diharamkan Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan, malah menyokong mahupun bersimpati dengan isu ini juga adalah haram kerana ia bersubahat bersama dalam perkara itu”.

“Umat Islam dinasihati menjauhkan diri daripada perlakuan seks songsang, terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan apa-apa gerakan, sokongan atau kempen mengenainya kerana ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam dan membawa kehancuran kepada negara serta umat Islam seluruhnya”.

Apakah pula fatwa terbaru Nik Aziz terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan BERSIH? Demikian juga pendirian PAS terhadap LGBT yang dibawa PKR dan DAP?


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger